Khamis, 19 Julai 2012

Marhaban Ya Ramadhan


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Sedar x sedar hari sabtu nie dah mula berpuasa kan...seluruh umat islam di seluruh pelusuk dunia telah lama menunggu bulan yang penuh keberkatan ini iaitu bulan ramadhan al-mubarak...betul x..???  Puasa akan mengajar kita semua erti kesabaran..jadi manfaatkan sepenuhnya bulan ramadhan kali ini dengan perkara-perkara yang bermanfaat dan tidak membuang masa kita semua dengan perkara yang tidak berfaedah..

aQu ingin mengucapkan Salam Ramadhan al-mubarak dan Selamat Berpuasa kepada:
semua muslimin dan muslimat...
mukminin dan mukminat..
yang jauh dan yang dekat..
tak kira walau di mana jua anda berada...
istimewa untuk semua yang sudi jadi sahabat aQu selama ini...
Semoga segala amalan diterimaNya...
Segala dosa diampuniNya....
Segala rezeki diberkatiNya...
dan bertambah iman di dada...
Kepada yang kurang sihat..
semoga diberi kesabaran..
dan berkat di atas segala redha....

     Korang semua taw tak macam mana nak baca lafaz niat puasa..???? hehheh        Apabila tibanya bulan puasa pasti ramai antara kita mencari lafaz niat puasa ramadhan kan...tul x..????...di dalam entry kali nie juga aQu sertakan lafaz niat puasa..Bagi sesiapa yang sudah lupa niat puasa maka korang bolehlah baca dekat bawah nie yer...Jangan segan silu untuk baca dekat bawah nie..bagi yang sudah taw pun bolehlah tengok sekali imbas lagi lafaz niat puasa Ramadhan nie...x kena bayaran pun..hahhaha...

********************************************************************
LAFAZ NIAT PUASA
**********************************************************************
Lafaz niat puasa untuk sebulan:
Lafaz niat puasa ini dibaca sekali sahaja pada malam sebelum kita memulakan puasa kita yang pertama. Apabila kita baca niat ini, kita dah tak perlu lagi untuk baca niat ini pada hari yang berikutnya.

Nawaitu sauma shahri ramadhana kullihi lillahi taala.
(sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala)

Lafaz niat puasa untuk harian:

Dibaca pada tiap-tiap malam sebelum tidur. Supaya nak mudahkan korang, baca je lafaz niat puasa untuk sebulan takut nanti terlupa.
Nawaitu saumaghadin an ada ii fardhi shahri ramadhana hazihis sanati lillahi taala(Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala)


 <<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

DOA BERBUKA PUASA

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Doa Berbuka Puasa (Seorang) :
Kalau korang makan sorang-sorang, baca doa ini ye.
Allahumma laka suomtu wa bika amantu wa ‘alaa rizqika afthortu birahmatika ya arhamarrohimin..
Maksud :Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa Berbuka Puasa (Ramai) :

Doa ini dibaca untuk lebih dari seorang. Hanya tukarkan ‘ta’ kepada ‘na’.

Allahumma laka suomna wa bika amanna wa ‘alaa rizqika afthorna birahmatika ya arhamarrohimin..
Maksud : Ya Allah bagi Engkau Kami berpuasa dan dengan Engkau beriman Kamidengan rezeki Engkau Kami berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang

Doa selepas berbuka puasa :
Maksud : Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

****************************************
Di dalam Mazhab Maliki ada pendapat yang mengatakan boleh diniatkan puasa ramadhan satu bulan dengan sekali niat sahaja.
Niat di malam hari (sebelum terbit fajar siddiq) merupakah salah satu syarat sah puasa Ramadhan. Kalau sesiapa yang tidak niat satu bulan puasa (Mazhab Malik) dan tak berniat puasa pada sesuatu hari tu, maka puasanya pada hari itu dikira tidak sah. Kena la qadha..bagi mereka (ulamak mazhab Maliki), puasa Ramadhan merupakan amalan yang dilakukan secara whole atau satu pakej, maka boleh diniatkan dari mula-mula kita diwajibkan memulakan puasa tersebut (1 ramadhan).
Bagi kita pula yang bermazhab Syafie, diwajibkan berniat setiap hari. Namun kita tetap disunnahkan juga untuk berniat untuk puasa sebulan, seperti yang diajar di dalam Mazhab Maliki.

Akhir sekali..sekali lagi aQu ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menikmati bulan Ramadhan dengan penuh penghayatan dan keinsafan kepada family dan juga kepada sahabat-sahabat yang beragama islam...korang semua jangan lupa bangun sahur yer..
^_^

*****************************************
P/s:
"Berbuka simple-simple je jangan melantak cam 3 bulan tak jumpa makanan..lagipun pas berbuka mesti nak solat maghrib kan..x kan nak berpuasa aje tapi solat ditinggalkan...jangan..nanti kena maki kaw2..!!"

Waktu Berbuka Puasa: (klik dkat bawah yer)



Tiada ulasan: