Rabu, 1 Ogos 2012

HAPPY BIRTHDAY MOHD ARIF BIN KAMARUDIN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Tanggal 11 Ramadhan 1433 H.. Bersamaan 1 Ogos  2012.. Salam Ramadhan buat semua.. Hmmm.. Pada tarikh ini juga, beberapa puluh tahun yang lalu, lahir seorang bayi lelaki.. Bayi lelaki yang comel, kot?  Siapakah gerangan orang nie yer..agak2 korang taw x..???? mesti x taw kan..hahahha...

Dan selepas beberapa puluh tahun itu, bayi lelaki itu kini sudah menjadi seorang jejaka.. Dan telah tertulis dalam takdir aQu takdir dia, kami berkenalan dan menjadi “The Best of Couple”... Ye kew cm 2 ek. .^_^ Bila dicongak-congak rasanya aQu dan dia couple sudah mencecah 2 tahun setengah...Syukur..
Sepanjang mengenalinya, bagi aQu dia sangat baik dan selalu buat aQu tersenyum..Bila teringatkan dia hati ini berasa gembira coZ dia selalu membuatkan aQu ketawa hehhhehe...Jadi di hari lahir dia hari nie aQu ingin menerbitkan satu entry khas buat insan yang teristimewa ini...




Ucapan Khas dari Cik Farah Buat M.A.K.
(Mohd Arif Kamarudin)


Semoga panjang umur dan Murah rezeki....
Semoga Sihat tubuh Badan...
semoga Kuat Iman...
seMoga dapat kenikmatan dalam Ibadah...
Semoga Hubungan kita akan kekal hingga ke jinjing pelamin yer..hehhehhe..

DOA UNTUK MOHD ARIF BIN KAMARUDIN
Segala puja dan puji itu hanya milikMu wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya yang umpama bintang-bintang bergemerlapan.
Ya Allah, Ya Tuhanku..
Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan kepada aQu dan M.A.K (Mohd Arif Kamarudin)
Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan
Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan
Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan
Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan untuk kami berdua
dan terlalu sedikit pengabdian kami terhadapMu.
Engkau tetap menerima walau terkadang kami alpa, kami lupa, kami tersilap
dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan.
Namun begitu besar kasihMu..
Engkau tetap melindungi aQu dan M.A.K walaupun terkadang kami kalut
merungut ketika saat-saat lemah kami datang
Kami tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq
walaupun terkadang kami terbuai dengan kesedihan
dan kesakitan yang amat pedih.

Ampunkan aQu dan M.A.K
 Ya Allah apabila kami merintih nasib kami di hadapanMu
Kalau bukan kepadaMu,kepada siapa lagi harus kami mengadu..???
Kami tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah
namun kami hanyalah hambaMu yang dhaif dan lemah.
Adakalanya kami kurang kesabaran
Ada masanya kami goyah keimanan
Ada masanya kami hampir terikut bisikan syaitan
Namun dengan limpahan kasih sayangMu
Engkau menarik kami kembali jauh daripada kesesatan.
Ya Allah…
Ampunilah daku dan M.A.K dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.

Ya Allah…
Jangan Engkau tinggalkan untuk kami suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aib kami, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu duka kami melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutang kami melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajat kami dari keperluan dunia dan akhirat yang telah Engkau redhai dan tepat untuk kami melainkan telah Engkau tunaikan segalanya bagi kami wahai Tuhan yang Maha Penyayang.

Ya Allah…
Lindunglah kami dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.

Ya Allah…
Sungguhnya aQu bermohon kepadaMu tabahkanlah kami dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.

Ya Allah…
Kurniakanlah kepada kami jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.

Ya Allah...

Kau jauhkanlah kami daripada perkara-perkara mungkar dan dekatilah kami dengan perkara kebaikan.

Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu untuk aQu dan M.A.K sabaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuk kami, beratkanlah timbangan kebaikan kami. Mantapkanlah iman kami, tingkatkanlah darjat kami, terimalah solat kami dan ampunkanlah dosa-dosa kami.
Terima kasih Ya Tuhan, atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untuk aQu dan M.A.K
Engkau Yang Maha Besar lagi Maha Mengetahui segalanya.
peliharalah aku dan dia agar terus berpegang teguh pada taliMu..
Terimalah permohonan hambaMU yang serba kekurangan ini Ya Tuhanku..
Amin Ya Rabbul 'Alamin....





P/S: Maaf tak dapat nak bagi hadiah sekarang..hadiah dah ada taw cume tak dapat nak bagi sekarang jew coZ kita kan x berjumpa..nanti raya nie dapat lah hadiah yang teristimewa dariku..hehheheh....


Tiada ulasan: