Isnin, 21 Mei 2012

JALAN-JALAN DI KUDAT


ASSALAMUALAIKUM WBT..

Sekarang nie aQu semakin busy dengan assingment dan study untuk final exam.....
nak menulis dekat blog pun x sempat....huuhhu.....
Alhamdulilah hari ini dapat juga aQu menulis dekat blog nie....

kali nie aQu nak kongsikan mengenai suasana di Kudat semasa aQu menjalankan tugasan di sana.....
walaupun kepenatan apabila membuat kajian di sini...tetapi memang berbaloi lah....
 banyak juga lak aQu snap picture semasa berada di sana....
tetapi...
tak sempat lah nak upload banyak picture dekat sini....
hanya sebahagian jew yang aQu masukkan.....
jadi korang bolehlah melihat picture di bawah nie yer....
kalau tak puas hati bolehlah datang di Kudat untuk mengambil picture korang dengan banyak.....



Subhanallah....itulah ungkapan pertama apabila aQu sampai di sini......
Simpang Mengayau menjanjikan pemandangan memukau yang melepasi Laut China Selatan....
jadi korang perlulah datang ke sini yer....
alam semulajadi di sini cukup mempersonakan dengan pecahan batuan pasir yang membentuk
pusaran dan tetingkat....
manarik  nyer juga disini ialah ia merupakan tempat pertemuan Laut China Selatan dan Laut Sulu yang pernah suatu ketika dahulu menjadi laluan pedagang China ke sini menggunakan tongkang....
Dalam bahasa kaum Rungus, Kudat,
Tanjung Simpang Mengayau dikenali dengan nama
"Tanjung Sampang Mangazo"
Bagi kaum Rungus, tempat ini mempunyai makna dan menyimpan sejarah penting....
Menurut sejarah, kawasan ini adalah tapak pertempuran pahlawan Rungus dengan lanun yang sering menyerang perkampungan mereka sekitar abad ke-18 dan 19.....
justeru, mereka menggunakan tanjung ini sebagai kawasan mempertahankan perkampungan selain tempat pengawasan kapal asing melalui atau mendarat....
sumber nie aQu perolehi daripada pembacaan di internet..^_^



sesiapa yang datang ke simpang mengayau
pasti tidak akan ketinggalan untuk mengambil picture dekat sini.....
sesiapa yang ingin  datang ke sini pastikan anda membawa kamera yer...
 kerana inilah masanya untuk merakamkan pelbagai  keindahan dan panorama indah yang sukar diungkap dengan kata-kata..hehhehe...
Justeru, bagi yang mahukan percutian menarik, masa yang diluangkan di Tanjung Simpang Mengayau pasti tidak akan sia-sia kerana setiap detik adalah saat menyeronakkan....


Kejernihan laut dan pasir pantainya yang memutih....
pasti membuatkan sesiapa saja tertarik untuk berenang atau mandi-manda.....


 

Sesiapa yang ingin cuba tinggal di rumah panjang
bolehlah tinggal di Rungus Longhouse nie....
sewa penginapan disini tidaklah terlalu mahal....
ia sangat berpatutan taw......
Rugi taw kalau tak cuba tinggal di Rungus Longhouse nie.......
jadi ramai-ramai lah datang ke sini yer..
 

Selain berjalan-jalan di Tanjung Simpang Mengayau...
pengunjung yang datang ke sini juga akan berpeluang melawat lokasi menarik antaranya kilang gong di Kampung Sumangkap....
banyak taw gong-gong yang boleh dibeli disini.....
jadi sediakanlah duit banyak-banyak taw.....
bukan apa...manalah taw korang nak beli salah satu gong-gong dekat sini...
jadi senang lah kalau sediakan duit dari awal lagi...
tak payah pergi cari ATM...hhuuhhuhuu.....



Masih ada lagi yer penggunaan binatang untuk membantu dalam membuat kerja seharian....
ingatkan dah xde benda camnie....
rupa-rupu nyer masih ada lagi....




cube teka yang pakai baju oren dan berskirt 2 lelaki atau perampuan...?????
Cik Farah bagi 5 saat jew untuk teka....
5..4..3..2..1...
.....masa dah tamat....^-^
jadi dapat teka tak...??????
kalau korang nak taw nie lelaki taw....
cantik tak bila dia pakai macam nie......hehhehhehe
kenapa yer ramai sangat pada zaman sekarang nie orang lelaki nak jadi perempuan
yang perempuan lak nak jadi lelaki....????...
mereka semua nie tak terfikir kew pasal dosa...????
....YA Allah Ya Tuhanku buka lah pintu hati mereka nie ke jalan yang benar....
-AMIN-



kalau anda nak taw nie suasana pasar malam dekat kudat...
banyak juga lah barang-barang yang dijual dekat sini...
barang bundle pun ada jual disini....
sesiapa yang nak membeli barang dengan harga yang murah bolehlah datang ke sini...
walaupun barang dekat sini tak ada brand tetapi barang nyer masih berkualiti dan cantik....
jadi jangan segan silu untuk membeli dekat pasar malam nie....



Tengah borak pasal pew nie....????
kew tengah sembang pasal ekonomi negara..hehhehe



Hensome gak polis nie kan....
sambil makan sambil mencari responden...
jadi tak payah letih-latih cari responden kan.....
hanya lepak dekat kedai jew.....
semua nyer leh siap tidak sampai 1 jam....hehhehehhe



kenal tak kedai ape nie...?????
sape-sape rasa nak kaya dengan cara yang cepat bolehlah datang dekat kedai nie...heheheh....
kedai nie jugalah yg membuatkan menjadi cepat miskin...
jadi pilihlah jalan yang terbaik untuk memasuki kedai nie ataupun tidak...
pilihan terletak di tangan anda...!!!!



semangat nyer budak IR membakar ikan....
best x yer ikan nie...???
walaupun ikan nie tidak dicuci dan tidak dibuang isi perutnyer..
tetapi semuanyer dapat makan ikan nie dengan selera yer..hahahhaha.......



promosi kasut....
kasut mane yang paling cantik sekali yer.....



Romantiknyer adik wani dengan abang Kimi 2...hehhehehe
takkan tengok saje kowt....belilah satu untuk adik wani 2.....
takde lak perompak nak merompak kedai nie kan hehehhe......
kalau barang nie diperbuat daripada emas mesti dengan tuan-tuan kedai sekali perompak ambil kan...
xde yang jelez kew bila tengok picture nie....
rasa nyer yang pakai baju putih 2 dah jelez bila tengok aksi mereka berdua nie...huhuhuhu
sabar jew lah yer....^-^





Info:

>Tanjung Simpang Mengayau adalah penghujung barat Laut Kepulauan Borneo yang juga pertemuan Laut China Selatan dan Laut Sulu.

>Pernah menjadi laluan kepada pedagang dari China untuk ke sebelah sini menggunakan tongkang satu ketika dulu.

>Tempat yang mempunyai makna dan menyimpan sejarah penting buat kaum Rungus kerana menjadi tapak pertempuran pahlawannya dengan lanun yang sering menyerang perkampungan mereka sekitar abad ke-18 dan 19.
>Terletak 215 kilometer iaitu lebih kurang tiga setengah jam pemanduan dari Kota Kinabalu.




Tiada ulasan: