Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia
Tajuk entry aQu kali nie ialah mengenai perkara JANGAN oleh lelaki kepada wanita...apa yang JANGAN 2 yer.???? kalau nak tahu korang perlulah baca di bawah nie yer..baru lah taw..^_^
kalau kaum adam baca entry nie jangan marah yer apa yang ditulis nie..ahhahah...
tiada kaitan antara yang hidup dan yang mati..
entry nie ditulis berdasarkan pemerhatian dan dari pembacaan...
jadi kalau salah tolong tegur-tegurkan yer..
kepada lelaki di luar sana 2 janganlah suka mempermainkan hati seorang wanita yer...jika korang betul-betul minat dan suka kepada seseorang wanita 2 korang perlulah berniat baik dan berniat untuk menjadikan seorang wanita yang korang suka tu untuk dijadi isteri korang....^-^
Tidak elok jika insan yang bergelar lelaki nie hanya hendak mempermainkan hati seorang wanita kerana hati seorang wanita sangatlah lembut dan cepat tersentuh...
satu lagi yang orang lelaki suke buat kepada kaum hawa pada hari ini ialah mereka nie suka sangat menaburkan janji-janji manis seperti sanggup tunggu wanita itu sehingga wanita tersebut bersedia untuk diijabkabulkan..setelah hati wanita tersebut terbuka mereka akan tinggal macam 2 jew kaum hawa nie dan pada masa yang sama kaum adam nie menabur janji manis dekat perempuan lain pulak...kenapa semua ini terjadi..?????
kalau hanya suka-suka nak buat macam tu baik tak payah lah wahai lelaki....!!!!
kesianlah dekat kaum hawa nie....
jadi kepada insan yang bergelar lelaki di luar sana tu baca baik-baik apa yang tertulis di dalam gambar di atas yer..
*****
Antara perkara yang paling lelaki suka buat terhadap kaum wanita pada hari ini ialah main kayu tiga, menipu, suka kontrol macho dan banyak lagi lah...huuhuuhuh...jadi kepada kaum wanita JANGAN pilih LELAKI yang suka buat perkara yang bukan-bukan nie yer...Kalau korang memang dah sayang sangat dekat lelaki seperti di bawah nie, alamak korang akan mendapat musibah lah nanti..huuhhuuh...untuk langkah berjaga-jaga JANGAN mendekati diri anda dengan kaum lelaki yang berkelakuan seperti ini ehhehe...
MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga nie masalah paling besar...walaupun dah ada kekasih, lelaki sukar untuk setia..apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya...ishhh..apa nak jadi dengan lelaki zaman sekarang nie kan..??? huhuuuhuh....
MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah...sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri...Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo..Berterus-teranglah wahai kaum Lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini...sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda...jadi kepada lelaki yang suka menipu nie buang-buanglah tabiat anda yer..barulah kaum wanita suka kepada anda...
jadi ingat JANGAN menipu taw..
SUKA KONTROL MACHO
Peh..!!! nak dikatakan macho, ada juga yang tak..hancur jew yang lebih kowt..!!! terutamanya bab sikap, mahu lebih gentleman, berketerampilan dan hensem..seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO...tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda...sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga..!!!
PANAS BARAN
Aduiiii...!!!! masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran..pantang silap sikit, mahu dihembur segala kemarahannya..Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain..setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan..tapi..bagaimana kalau sepak tendang..???? kalau nak sepak tendang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah ...Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada..??? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah...Kalau dah tak terkawal sangat...tak payah bercintalah cik abang ooiii....!!!!!!!
p/s:
kepada kaum adam yang sudah mempunyai teman wanita janganlah sia-siakan GF kamu yer..anda perlulah jadikan wanita tersebut sebagai calon isteri korang...bukan hanya untuk berseronak jew dengan wanita tersebut dan sekiranya dah tak suka tinggal macam tu jew..tak baik jika korang mempermainkan perasaan wanita.. :D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan