Isnin, 4 Jun 2012

TRANSIT PLANET ZUHRAH (VENUS) 6 JUN 2012


Assalamualaikum wbt...

Hari nie aQu terbaca mengenai transit planet zuhrah yang akan berlaku pada hari rabu nie...fenomena ini dianggap luar biasa dan ianya tidan seperti kejadian gerhana bulan separa kerana manusia hanya pernah menyaksikan kejadian ini sebanyak 7 kali sejak zaman Galileo. Kali terakhir kejadian ini berlaku ialah pada tahun 2004.
Bermakna jika terlepas peluang untuk menyaksikannya pada kali ini, maka terpaksalah kita menunggu transit seterusnya pada tahun 2117 atau 105 tahun dari sekarang. Memang ia sesuatu yang sangat mustahil, melainkan saintis moden menjumpai cara untuk melambatkan atau menghentikan proses penuaan dan lebih tepat mengelakkan kematian.




Bagaimana Fenomena Transit Zuhrah Berlaku?
Bumi bergerak mengelilingi matahari selama lebih kurang 365 hari. Zuhrah pula mengambil masa 225 hari untuk melengkapi satu pusangan mengelilingi matahari. Ketika planet Zuhrah mengorbit matahari, ia akan melintasi Bumi setiap 1.6 tahun (kerana orbitnya lebih kecil dan pergerakkannya lebih laju berbanding Bumi). Ketika itu ia akan berada di antara Matahari dan Bumi. Namun, disebabkan satah orbit Zuhrah ini sedikit senget, maka selalunya ia akan berada di bawah atau atas matahari.

Transit Zuhrah yang diambil pada 8 Jun 2004


Fenomena transit planet Zuhrah ini berlaku dalam satu corak berulang setiap lebih sikit dari 100 tahun dan biasanya berlaku dalam 2 pasangan yang dijarakkan 8 tahun antara satu sama lain. Contohnya, kali terakhir transit ini berlaku ialah pada tahun 1874 dan 1882, kemudian ia berlaku 2004 dan 2012. Transit selepas ini hanya akan berlaku pada tahun 2117 dan 2125, iaitu 105 tahun dari sekarang.


Bila masa kejadian ini boleh disaksikan?

Berikut merupakan waktu fasa transit Zuhrah (Waktu Malaysia).
Sentuhan 1 (1st contact) . 6:13:07 Zuhrah mula menyentuh tepi matahari.
Sentuhan 2 (2nd contact). 6:31:00 Keseluruhan bentuk Zuhrah sudah memasuki kawasan matahari.
Pertengahan Transit 9:31:14. Zuhrah berada di pertengahan perjalanan transit
Sentuhan 3 (3rd contact). 12:31:56 Saat akhir keseluruhan Zuhrah di dalam kawasan matahari.
Sentuhan 4 (4th contact) 12:49:21 Zuhrah mula keluar dari kawasan matahari.

Berdasarkan waktu di atas, fasa sentuhan 1 dan 2 sahaja yang agak kritikal kerana ada kawasan di Malaysia yang boleh menyaksikanya (kerana matahari sudahpun terbit, seperti di Sabah dan sebahagian Sarawak), manakala ada yang tidak dapat menyaksikannya (kerana matahari belum terbit seperti di keseluruhan Semenanjung Malaysia).

Tiada ulasan: