Assalamualaikum w.b.t
Pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan Ramadhan kan...rasa sekejap jew masa berlalu kan..???? semoga Allah memanjangkan usia kita menempuhi bulan Ramadhan kelak. di sini aQu ingin kongsikan kelebihan yang terdapat dalam bulan Syaaban..
Setiap bulan dalam Islam pasti ada kelebihan dan sejarahnya... Syaaban juga dikenali sebagai bulan 'penyimpangan' atau 'berpecah', kerana kaum purba Arab akan berpecah untuk mencari untuk mencari sumber air di padang pasir bagi ketibaan bulan yang seterusnya iaitu bulan Ramadhan yang cuacanya panas..
Daripada Usama bin Zaid ra, beliau berkata: "Rasulullah SAW tidak pernah berpuasa sebanyak yang baginda puasa dibulan Syaaban." Aku bertanya kepada baginda "Kenapa aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dibulan-bulan yang lain sepertimana engkau berpuasa dibulan Syaaban." Baginda SAW menjawab: Itulah bulan yang ramai manusia lalai iaitu diantara bulan Rejab dan bulan Ramadhan. Ia juga bulan yang diangkatkan amalan kepada Allah SWT. Aku suka diangkat amalanku dalam keadaan aku berpuasa." (Hadis Riwayat Ahmad Dan Nasaie)
Disini Nabi menyebut dua kelebihan bulan Rejab:-
1.Bulan yang disunatkan beramal terutamanya puasa kerana bulan yang mana manusia biasa lalai dalam bulan ini.
2. Bulan yang diangkat amalan kepada Allah SWT
Adakah Nabi SAW berpuasa penuh pada bulan Syaaban?
Ada hadis yang menunjukkan Nabi SAW berpuasa penuh dalam bulan Syaaban seperti hadis "Nabi SAW berpuasa penuh didalam bulan Syaaban." (Hadis Riwayat Bukhari)
Ada hadis yang menunjukkan Nabi SAW berpuasa sebahagian besar pada bulan Syaaban dan tidak penuh seperti hadis: "Rasulullah SAW telah berpuasa sebahagian besar dari bulan Syaaban." (Hadis Riwayat Nasaie)
Antara kelebihan amalan di bulan Syaaban adalah seperti berikut :
- Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda
- Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya
- Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi-nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika ia meninggal pada tahun itu maka ia akan mendapat pahala mati syahid
- Kelebihan malam nifsu Syaaban pula ialah sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca Al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak
- Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nifsu Syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.
Doaku..
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغّنا رمضان
"Allahuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadan"
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغّنا رمضان
"Allahuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadan"
"Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadhan).
Amin Ya Rabbal Alamin..
Pautan:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan