Sabtu, 30 Jun 2012

CiRi-CiRi SuaMi PiLihaN


Assalamualaikum..

Di sini aQu ingin mengongsikan mengenai ciri-ciri calon suami pilihan bagi seorang wanita..agak-agaknya apa yer ciri-ciri yang perlu ada pada setiap lelaki..??? bagi kaum adam korang perlulah menepati ciri-ciri di bawah nie yer hehhehe...barulah seorang wanita akan jatuh hati kepada korang semua...kalau nak taw betul kew tak korang perlulah menepati ciri-ciri nie dahulu yer...antara ciri-cirinya ialah  :




jadi nie lah ciri-ciri yang menjadi idaman setiap wanita pada hari ini untuk dijadikan suami...jadi sape-sape yang kaki pukul dan panas baran tu buang-buanglah sifat negatif korang tu yer..barulah wanita akan memandang tinggi kepada korang..hehhehehe...

******

khas buat MA:

Bukan yang BERHARTA yang dicari...Bukan yang BERWAJAH TANPAN untuk dimiliki...cukuplah mempunyai ciri-ciri seperti ini...kerana diriku BUKANLAH SEMPURNA insani...kelak dirimu mampu membawaku ke SYURGA ILAHI...



p/s: Seorang wanita perlulah mencari seorang LELAKI YANG BAIK dari segi agama dan akhlak untuk DIJADIKAN SUAMI..kerana yang akan MEMBIMBING WANITA dan membawanya ke syurga Allah adalah LELAKI..
# Lelaki yang BAIK - > lelaki yang boleh bimbing wanita ke jalanNya...

Isnin, 25 Jun 2012

BERAKHIRNYA SEBUAH PENANTIAN



Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia



Balik kampung oh oh...
Hati girang
Ho ho... Balik kampung
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

Penantian suatu seksaan...aQu terpaksa bersetuju dengan kenyataan tu kerana terasa terseksa walau menunggu hanya beberapa jam lagi untuk sampai ke rumahku...
Alhamdulilah syukur tak terkira kerana penantian aQu selama ini sudah berakhir....dapat jugak kaki aQu nie berpijak di semenanjung hehhehe....penantian yang menyeksakan selama nie sudah berakhir...Selamat Tinggal Sabah dan Selamat kembali Terengganu..
Hanya tinggal beberapa jam lagi aQu akan sampai ke destinasi yang sudah lama ditunggu-tunggukan iaitu Terengganu...rasa lambat jew flight nie...tapi apa-apapun aQu berasa gembira kerana sekejap lagi aQu akan dapat jugak melihat negeri aQu hehehhehe.....macam mana yer suasana kampung aQu tu..adakah seperti dulu ataupun sudah berubah..???? sekarang nie dah terbayang-bayang suasana kampung dan juga wajah-wajah orang yang tersayang dekat Terengganu....^_^

P/s:
Sabar adalah satu sifat yang mulia. Dengan sifat sabar, kita boleh mengubah lawan menjadi teman. Orang-orang yang sabar mempunyai keuntungan yang besar...Penantian memang satu yang menyeksakan...Penantian juga mengajar kita erti bersabar...Anggaplah semua itu dugaan dari Tuhan....Oleh itu bersabarlah dalam menanti sesuatu yang kita harapkan... Sabar adalah satu sifat yang mulia. Dengan sifat sabar, kita boleh merubah lawan menjadi kawan. Orang-orang yang sabar mempunyai keuntungan yang besar...




Jumaat, 22 Jun 2012

Ahlan Wasahlan Ya Syaaban..!!!!

Assalamualaikum w.b.t
Pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan Ramadhan kan...rasa sekejap jew masa berlalu kan..???? semoga Allah memanjangkan usia kita menempuhi bulan Ramadhan kelak. di sini aQu ingin kongsikan kelebihan yang terdapat dalam bulan Syaaban..


Setiap bulan dalam Islam pasti ada kelebihan dan sejarahnya... Syaaban juga dikenali sebagai bulan 'penyimpangan' atau 'berpecah', kerana kaum purba Arab akan berpecah untuk mencari untuk mencari sumber air di padang pasir bagi ketibaan bulan yang seterusnya iaitu bulan Ramadhan yang cuacanya panas..
Daripada Usama bin Zaid ra, beliau berkata: "Rasulullah SAW tidak pernah berpuasa sebanyak yang baginda puasa dibulan Syaaban." Aku bertanya kepada baginda "Kenapa aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dibulan-bulan yang lain sepertimana engkau berpuasa dibulan Syaaban." Baginda SAW menjawab: Itulah bulan yang ramai manusia lalai iaitu diantara bulan Rejab dan bulan Ramadhan. Ia juga bulan yang diangkatkan amalan kepada Allah SWT. Aku suka diangkat amalanku dalam keadaan aku berpuasa." (Hadis Riwayat Ahmad Dan Nasaie)


Disini Nabi menyebut dua kelebihan bulan Rejab:-

1.Bulan yang disunatkan beramal terutamanya puasa kerana bulan yang mana manusia biasa lalai dalam bulan ini.

2. Bulan yang diangkat amalan kepada Allah SWT


Adakah Nabi SAW berpuasa penuh pada bulan Syaaban?

Ada hadis yang menunjukkan Nabi SAW berpuasa penuh dalam bulan Syaaban seperti hadis "Nabi SAW berpuasa penuh didalam bulan Syaaban." (Hadis Riwayat Bukhari)

Ada hadis yang menunjukkan Nabi SAW berpuasa sebahagian besar pada bulan Syaaban dan tidak penuh seperti hadis: "Rasulullah SAW telah berpuasa sebahagian besar dari bulan Syaaban." (Hadis Riwayat  Nasaie)


Antara kelebihan amalan di bulan Syaaban adalah seperti berikut :
  1. Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda
  2. Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya
  3. Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi-nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika ia meninggal pada tahun itu maka ia akan mendapat pahala mati syahid
  4. Kelebihan malam nifsu Syaaban pula ialah sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca Al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak
  5. Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nifsu Syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.

Doaku..

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغّنا رمضان

"Allahuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadan"

"Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadhan).


Amin Ya Rabbal Alamin..


Pautan:


DINNER IR - RETRO




Dinner kos Hubungan Industri di Grand Borneo Hotel....
apa pendapat korang tentang dinner nie yer..???
best kew x...????
mesti lah best kan coz dapat berkumpul ramai-ramai dan dapat mengeratkan silaturahim antara pelajar tahun satu, dua, tiga dan dengan pensyarah2.....
tul tak...????
kalau korang cakap tak best nape sebab nyer yer...????
adakah disebabkan makanan atau keadaan di situ...?????
walau apapun dinner nie tetap berjalan dengan lancar tanpa berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini....


Nie suasana dinner dekat Grand Borneo Hotel....
Apa pendapat korang tentang keadaan tempat ninner nie... 
Adakah ia menepati suasana retro ataupun x..????


pewiittt...nampak muda jew dua orang lecturer nie kan...???
nampak gaya nye leh bertukar yang mana satu lecturer dan yang mana satu student...
kalau korang berminat dengan jejaka-jejaka hensome nie
boleh lah pilih yer....
tapi.....
ada di antara 8 jejaka nie dah berpunyer..hehhehe
cube teka yang mana satu dah berkahwin..
dan yang mana tidak berkahwin lagi yer....
agak-agak dapat teka tak...?????
kenapa lah pulak 2 orang jejaka di atas pakai kaca mata hitam tengah-tengah malam....
nak cakap panas rasanyer tak....
nak cakap silau pun tak gak.....
nie mesti nak bergaya punyer pasal...sampaikan pakai kaca mata pada waktu nie....hehhehehhe.....


Dia gadis bertudung merah....
hatiku tergoda tergugat....
dan cuma parasnyer yang indah..dia baik dia solehah...
pernah dengan tak lirik lagu nie..????
gadis bertudung merah nie nama nyer kak ema...
sape2 yang berminat dengan gadis nie bolehlah hubungi di talian *124# ....^-^
jika korang tengok gambar gadis nie dan terus jatuh hati..korang perlulah simpan semua perasaan  yer coz dia dah berpunyer taw...jangan kacau line lak...hehehhehe.....
kalau korang tetap jatuh hati dengan gadis nie..aQu rasa korang perlu jumpa dengan doktor pakar sakit jiwa kew...biar doktor tersebut dapat ubati penyakit ganjil korang 2 ...hahahahha.....
apa-apa pun memang cun lah awek nie kan...????


Alaaa sweet nyer bila tengok gambar nie.....
tiga orang jejaka tengak usha awek berbaju kuning nie,..hhehehhehe
agak-agaknyer jejaka mana yang akan menjadi pilihan oleh gadis nie yer...????/
entah-entah semua nyer kena reject....hahahhaha....


Rabu, 13 Jun 2012

JALAN-JALAN CARI MAKAN

                                           

Assalamualaikum / Salam Sejahtera,

Hai..bertemu kembali.heheheheh
Korang gi mana hujung minggu nie...? aQu tak kemana2 pun sebenarnya..just spent my time with my little friends.heheh...kalau korang free jom kita p jalan-jalan cari makan..bukan p jalan-jalan cari pasal taw..
Sekiranya korang  berpeluang mengunjungi Kota Kinabalu,  pastikan korang tidak terlepas peluang untuk mengunjungi pasar malam Filipina yang terletak di Jalan Tun Fuad Stephen (belakang Pasar Kraftangan Kota Kinabalu juga dikenali sebagai Pasar Filipina).... Pasar malam nie dibuka setiap hari bermula seawal 5pm sehingga ke lewat malam.... Pasar malam nie merupakan destinasi makanan laut bakar yang popular di Kota Kinabalu kerana kepelbagaian makanan laut bakar yang disediakan dengan harga yang murah..
Jom kite lihat picture di bawah nie...jalan jelez taw bila lihat picture dibawah nie..


                                           
Setelah penat berjalan-jalan dekat kawasan Pasar filipina perlu mencari gerai makanan dulu lah...menu pew yer paling popular dekat  sini..?? kebanyakan dekat sini jual ikan bakar dan makanan laut jew..jadi terpaksalah cuba makanan nie...jom kita cari gerai mana yang paling bersih sekali...nampak nyer gerai nie bersih lah jugak....
  

Sedap juga kalau dapat makan udang rimau bakar yang mengaum nie rasanya..hehhehe.mahal sangat lah udang nie RM40 seekor taw...jadi kena pilih udang yang kecil lah huhuuhu...nak makan udang yang besar nanti pokai lah pulak duit aQu coz banyak lagi nak pilih makanan len nie..^-^


Selain daripada udang rimau yang mengaum tadi 2 ketam jugak ada dijual dekat sini....jadi bolehlah pilih ketam yang mana satu nak makan... Sangat murah...Serius! Korang makanlah di sini sampai muntah hijau yer !!! Hahaha...

Nampak? sekor lalat pun takde kan... Ini bukan keajaiban di Sabah ya, atau di Sabah takde lalat sebab semua telah di makan oleh bunga Reflesia ke apa ke..hehhehe 

Lambakan makanan laut yang boleh membuatkan korang gout kalau makan hari-hari..!!!!  Hahaha... Macam-macam jenis ikan ada! Korang tunjuk saje yang mana nak di makan...


Jom kite ngadap ikan bakar yang sedap nih..hahah..dah jadi santapan aQu dan kawan2 semalam taw...nanti len kali aQu update ikan segar lagi yer yg terdapat dekat Sabah nie..

  
Gambar yang sebelah kanan nie dipanggil Umai..orang yang duk semenanjung pernah makan x makanan nie..?? kalau x pernah korang kena cuba taw...!!!  Umai nie mempunyai persamaan dengan sushi coZ makanan nie sama-sama tidak dimasak dengan menggunakan api..Erk, kemain aQu skema sangat ayat nie..hahhaa...makanan nie sebenarnya makanan tradisi kaum Melanau...tapi kini bukan orang Melanau jer suke makanan nie...orang2 semenanjung yang pernah merasa pun ramai yang berkenan termasuklah dengan aQu sekali yer..hhehehhe...sedap seyy......rasanya pedas2, masam dan manis rasa ikan...Umai sebenarnya adalah hirisan ikan mentah segar yang diperap dengan jus limau kasturi, bawang merah, bawang besar dan chilli, garam dan sedikit penambah perisa...jadi jommm ramai2 cube makan Umai nie yer...:)

gambar yang sebelah kiri pula ialah rumpai laut.... rumpai laut nie kalau nak sedap cecah asam (tengok gambar asam dekat bawah 2 yer..hhehe)...sedap nyer...D.I.Y (do it yourself ) yang boleh melelehkan air liur dan air peluh, selain melelehkan jiwa agar mantasbihkan syukur.... Juga boleh membuatkan aQu lebih menghargai sebuah negeri bernama Sabah.


kalau makan ikan bakar kenalah ada air asam nie..baru sedaappppp.....kalau xde maka tak berseleralah nak makan nasi....


Selain makanan laut bakar, terdapat juga gerai-gerai yang menyediakan masakan panas seperti nasi goreng, mi goreng, dll....Tapi tolong jangan mintak tomyam okey. Walaupun di sini terkenal dengan makanan lautnya, namun mereka bukan pakar dalam masakan siam... Tomyam2 takde okey! ......Kalau ada pun, hanya akan mengecewakan korang sebab memang tak sedap.... kalau orang Sabah bace mesti di marah cakap camnie kan...???


kenapa yer dekat sini takde peniaga yang menjual kerang bakar..owwhhh...Kerang bakar bukan menu popular di sini rupanya. ..Kenapa..???? Orang Sabah, tolong jawab soalan ni...hehhehehe....

nie jew lah yang aQu nak kongsikan..jadi sesiapa yang datang ke negeri Sabah perlulah singgah ke pasar malam nie untuk makan makanan yang sedap2 dan lazat....pasti korang tak kan rasa rugi setelah datang dekat sini...



Selasa, 12 Jun 2012

UK FUN FAIR



Assalamualaikum


Hari nie aQu nak kongsikan mengenai Uk Fun Fair....korang pernah pergi tak dekat mana-mana fun fair..??? mesti korang pernah pergi kan..??? Adakah korang semua seronak apabila bermain permainan di sana...??? aQu rasa permainan di fun fair memang lah seronak tetapi apabila kita hendak bermainan sesuatu permainan di sana 2 kita perlulah melihat dari segi keselamatan..sama ada keselamatan permainan tersebut terjamin ataupun tidak... sekianya penganjur permainan tersebut tidak mengambil endah dari segi keselamatan maka kita janganlah nak cuba-cuba bermaianan permainan tersebut coz kalau kita teruskan juga maka kemungkinan kita akan mendapat kecederaan daripada permainan tersebut...bahaya taw..!!! Jadi korang perlulah melihat jaminan dari segi keselamatan terlebih dahulu yer apabila hendak bermainan...Kadang-kadang pihak yang mengadakan permainan tersebut hanya ingin keuntungan semata-mata tanpa memikirkan keselamatan pengunjung yang ingin bermain...huhuhuhuhu....



Permainan nie dinamakan Space Gun...sesiapa yang ingin rasakan kebebasan bolehlah bermainan permainan ini yer..hehhehhe...harga untuk bermainan Space Gun nie ialah RM6..mahal jugak kan..??? padahal ianya berpusing tidak sampai 10 minit pun..Biasa lah pada zaman sekarang nie mana ada permainan yang free kan..nak masuk tandas pun perlu bayar jugak..nie pulak nak bermain permainan nie...walaupun harganya mahal tetapi korang sanggup bayar untuk bermain Space Gun kan..??? J


Nie merupakan suasana di Fun Fair pada waktu petang..biasanya pada waktu sebegini tidak ramai sangat lah pengunjung yang datang dekat Fun Fair..kalau pada waktu malam baru ramai taw..kalau nak best korang perlulah pergi pada waktu malam coZ apabila waktu malam barulah kita dapat lihat lampu-lampu yang berwarna warni serta pegunjung yang ramai...




GHOST TRAIN... korang pernah masuk tak rumah hantu..??? mesti lah pernah kan..??? kan...??? nampak macam seram jugak rumah hantu nie tetapi tak taw lah hantu macam mana yang terdapat dekat dalam nie..kalau ada hantu Kak Limah confirm aQu akan masuk dekat dalam nie coZ rasa nak tengok macam mana hantu Kak Limah..Adakah hantu kak Limah dekat dalam nie sama dengan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ataupun tidak..hahhahaha...bagi perempuan yang ingin memasuki Ghost Train nie perlulah membawa senjata keselamatan untuk mengelakkan daripada diganggu oleh hantu yang tidak berguna..kalau hantu dekat dalam 2 nak pegang2 korang maka korang perlulah gunakan senjata tersebut jadi dengan ini korang akan selamatlah..Untuk langkah yang lebih selamat lagi korang bawalah Boyfriend korang masuk sekali dekat dalam nie, jadi hantu tersebut memang tak berani nak kacau lah...kalau dia tetap kacau jugak mesti kena makan penampar boyfriend korang tu.... hahahha  ^_^



Pernah tak korang bermain permainan nie ( Sudden Impact )..???? kalau belum pernah bermain lagi korang semua perlu cubalah yer..kalau tak cuba nanti rugi lah pulak



Nama permainan nie ialah AGADA...aQu tak taw lah pulak asal usul permainan nie..bila tengok permainan nie tak mencabar langsung...tetapi selepas aQu cuba bermain permainan nie baru taw permainan nie mencabar ataupun tidak..kalau korang nak taw macam mana rasa bila bermain permainan nie perlulah cuba sendiri yer...memang tak rugi lah kalau bermainan Agada nie...AWAS..!!! kanak-kanak tidak digalakkan bermain permainan nie taw kerana ia sangat bahaya...orang dewasa yang bermain permainan nie pun ada sampaikan terjatuh...apatah lagi kalau kanak-kanak yang bermain...jadi kepada ibu bapa jangan biarkan anak-anak anda bermaian permainan nie yer..



p/s : Hati-hati semasa bermain segala permainan di Fun Fair yer.!!!



Isnin, 11 Jun 2012

EXAMS ARE OVER ! ! ! HOW FEEL WHEN FINISH WRITTING AN EXAM


Assalamualaikum...
Alhamdulilah hari nie merupakan hari terakhir aQu menduduki peperiksaan...kertas terakhir pada hari nie ialah Kaedah Penyelidikan dalam Hubungan Industri...harap-harap result yang akan keluar pun akan cemerlang...Walaupun tak sabar untuk menduduki exam yang terakhir pada hari nie tetapi debaran begitu kuat sekali terasa...tak taw lah kenapa..mungkin takut kowt..hehheheh..camne dengan korang semua pernah tak berasa takut bila exam..????..kebiasaannya perasaan tidak yakin atau berasa persediaan tidak cukup sememangnya sesuatu yang biasa kan....huhuuhh...sebagai manusia, pengalaman mengalamai sesuatu itulah yang penting lalu berupaya menjadikan kita seorang individu yang lebih baik pada masa akan datang.....semakin banyak peperiksaan yang kite alami semakin yakin diri kita akan kemampuan diri untuk melakukan yang terbaik pula...betul x..? J jadi kepada kawan-kawan jangan bimbang yer kalau kite berasa gementar kerana perasaan itulah yang membuktikan bahawa kita semua manusia yang berani menghadapi cabaran baru dalam kehidupan kita.....
Di bawah nie picture yang diambil sebelum menduduki peperiksaan dan selepas peperiksaan...jomm kite lihat suasana mahasiswa/i sebelum dan selepas peperiksaan..Adakah mereka kelihatan gembira ataupun di sebalik nyer..hehhehhehe...

Gambar nie diambil selepas exam taw....bagus juga kan bila ada bende camne kan...hahaha. sesiapa yang merasakan dirinya sebagai seorang Mahasiswa Berintegriti jadi jangan meniru di dalam peperiksaan yer...sesiapa meniru jugak tu bermakna....(pandai-pandai lah fikirkan yer)....kalau kite meniru kawan dalam peperiksaan pun tidak bermakna kawan kita taw semua nyer kan..entah2 kawan kite 2 buat salah kew atau tak taw langsung mengenai soalan yang ditanya..jadi untuk langkah selamat buat lah sendiri dan JANGAN MENIRU...


Suasana sebelum peperiksaan...semangat mereka nie mengulanngkaji buat kali terakhir sebelum melangkah ke dalam dewan peperiksaan...semangat camnie perlu dicontohi...tetapi kadang-kadang bila kita belajar pada saat akhir sebelum exam tidak akan mengingati jugak...almaklumlah dah berdebar-debar kan...jadi lebih baik study lebih awal lagi...


kelakar bila tengok wajah budak nie kan..hehhehehe...sebelum 5 minute tamat exam sempat lagi menulis 2...jadi camne dengan kawan-kawan semua yer (wanie, nadia, sue, mia n bashirol) sempat tak menghabiskan ayat-ayat terakhir tadi 2...memang salah kite jugak kan tadi 2..dekat depan paper kaedah penyelidikan dalam hubungan industri tadi sudah diberitahu masa selama 2 jam 30 minit kan..tetapi kite semua p tengok masa yang ditulis oleh pengawas dekan white board lak...memang pengawas tadi tersilap tulis 3 jam..kew dia hendak menganiayai kite..??? hhuuhhu...(tak baik berperangsangka buruk terhadap orang kan..memang setiap manusia akan membuat kesilapan..begitu juga dengan pengawas tadi 2..jadi kita perlulah fikir secara POSITIF..) .aQu harap korang bersabar yer... walaupun banyak idea yang tak sempat nak ditulis tadi 2 tetapi korang dapat juga memperjuangkan sehingga dapat menyiapkan ayat-ayat terakhir kan.....harap-harap result kita akan Ok lah....jadi sama-sama lah kita berdoa yer..^_^


wajah-wajah yang gembira selepas tamat exam...memang seronak jew bila tengok diorang kan...?? maklumlah dah tamat exam..Cik Mia (berbaju purple) nie terlebih gembira nampak nyer...mesti dapat jawab exam tadi 2..Sue, Wanie n bashirol pun nampak nyer gembira gak..mereka nie gembira cZ tak sabar nak simpan barang-barang untuk pulang ke kampung ..tul tak kawan-kawan...???
Dengan kegembiraan dari wajah mereka nie kita dapat lihat bahawa mereka nie sememangnya berasa bersemangat untuk menempuhi cabaran-cabaran yang akan datang seterusnyer...walaupun sebelum nie mereka terpaksa menempuhi pelbagai cabaran dalam menyiapkan assingment dan sebagainya..tetapi melalui berkat kesabaran mereka nie mereka dapat juga menamatkan peperiksaan dengan jayanya..hhahahha...cCceeehhhh ayat cam nak buat assingment lak ....formal sangat kan.??? hahahaa....




“YA ALLAH KAMI MEMOHON KEJAYAAN DALAM SETIAP KETENTUAN, TEMPAT PARA SYUHADAH DAN KEHIDUPAN ORANG-ORANG BAHAGIA SERTA KEMENANGAN MENGATASI”
-AMIN-

P/s: doa dia atas  perlu dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan..jadi kepada kawan-kawan amalkan doa nie yer supaya kita dapat keputusan yang cemerlang...



Isnin, 4 Jun 2012

TRANSIT PLANET ZUHRAH (VENUS) 6 JUN 2012


Assalamualaikum wbt...

Hari nie aQu terbaca mengenai transit planet zuhrah yang akan berlaku pada hari rabu nie...fenomena ini dianggap luar biasa dan ianya tidan seperti kejadian gerhana bulan separa kerana manusia hanya pernah menyaksikan kejadian ini sebanyak 7 kali sejak zaman Galileo. Kali terakhir kejadian ini berlaku ialah pada tahun 2004.
Bermakna jika terlepas peluang untuk menyaksikannya pada kali ini, maka terpaksalah kita menunggu transit seterusnya pada tahun 2117 atau 105 tahun dari sekarang. Memang ia sesuatu yang sangat mustahil, melainkan saintis moden menjumpai cara untuk melambatkan atau menghentikan proses penuaan dan lebih tepat mengelakkan kematian.




Bagaimana Fenomena Transit Zuhrah Berlaku?
Bumi bergerak mengelilingi matahari selama lebih kurang 365 hari. Zuhrah pula mengambil masa 225 hari untuk melengkapi satu pusangan mengelilingi matahari. Ketika planet Zuhrah mengorbit matahari, ia akan melintasi Bumi setiap 1.6 tahun (kerana orbitnya lebih kecil dan pergerakkannya lebih laju berbanding Bumi). Ketika itu ia akan berada di antara Matahari dan Bumi. Namun, disebabkan satah orbit Zuhrah ini sedikit senget, maka selalunya ia akan berada di bawah atau atas matahari.

Transit Zuhrah yang diambil pada 8 Jun 2004


Fenomena transit planet Zuhrah ini berlaku dalam satu corak berulang setiap lebih sikit dari 100 tahun dan biasanya berlaku dalam 2 pasangan yang dijarakkan 8 tahun antara satu sama lain. Contohnya, kali terakhir transit ini berlaku ialah pada tahun 1874 dan 1882, kemudian ia berlaku 2004 dan 2012. Transit selepas ini hanya akan berlaku pada tahun 2117 dan 2125, iaitu 105 tahun dari sekarang.


Bila masa kejadian ini boleh disaksikan?

Berikut merupakan waktu fasa transit Zuhrah (Waktu Malaysia).
Sentuhan 1 (1st contact) . 6:13:07 Zuhrah mula menyentuh tepi matahari.
Sentuhan 2 (2nd contact). 6:31:00 Keseluruhan bentuk Zuhrah sudah memasuki kawasan matahari.
Pertengahan Transit 9:31:14. Zuhrah berada di pertengahan perjalanan transit
Sentuhan 3 (3rd contact). 12:31:56 Saat akhir keseluruhan Zuhrah di dalam kawasan matahari.
Sentuhan 4 (4th contact) 12:49:21 Zuhrah mula keluar dari kawasan matahari.

Berdasarkan waktu di atas, fasa sentuhan 1 dan 2 sahaja yang agak kritikal kerana ada kawasan di Malaysia yang boleh menyaksikanya (kerana matahari sudahpun terbit, seperti di Sabah dan sebahagian Sarawak), manakala ada yang tidak dapat menyaksikannya (kerana matahari belum terbit seperti di keseluruhan Semenanjung Malaysia).