Khamis, 16 Ogos 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Assalamualaikum dan salam satu Malaysia...
Semoga sentiasa CERIA dan SENYUM SOKMO...^_^

Pejam celik pejam celik dah nak sampai ke penghujung ramadhan...yer x..???? hehhehe...macam mana korang semua dah bayar kew x lagi zakat fitrah...sesiapa yang belum bayar lagi cepat-cepat lah pergi bayar yer...
Rasa awal lah pulak nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua...tapi....rasanyer memang dah sesuai dengan waktunyer coz dekat radio pun dah lama berkumandang lagu-lagu raya...lagipun kita berpuasa hanya dua hari jew lagi dan lepas tu kita akan sambut hari raya (kalau hari raya jatuh pada hari ahad lah) hehehe.....
Oleh itu, aQu ingin mengambil kesempatan yang ada ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada family, semua rakan-rakan tidak kira di universiti, di kampung dan sebagainyer yang mengenali diriku ini di alam realiti , alam maya dan sewaktu dengannya..dan tidak lupa juga kepada yang kebetulan terbaca entri yang aQu tulis kali nie...Dengan ini aQu ingin memohon kemaafan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kepada semua rakan-rakan...minta ampun yer sekiranya aQu ada terkasar bahasa, tercakap lebih atau kurang, tergedik, tergumpat, dan sebagainyer yang ter lah huhuhuhu.....SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semuanya..Diharapkan kita akan berjumpa lagi dengan Ramadhan yang akan datang, InsyaAllah..
Kepada yang ingin pulang ke kampung..selamat sampai ke destinasi yang ditujukan dengan selamat dan pandulah kereta dengan berhati-hati serta sentiasa ingatlah orang-orang yang tersayang....

Taqobalallahu minna wa minkum
Minal Aidin wal Faizin
Mohon Maaf Zahir dan Batin
Selamat Hari Raya Idul Fitri
1 Syawal 1433 H
Izinkan saya bersajak
Untuk LISAN yang tak terJAGA
Untuk JANJI yang terABAIKAN
Untuk HATI yang berPRASANGKA
Untuk SIKAP yang meNYAKITKAN
Di hari yang FITRI ini, dengan TULUS HATI
Saya mengucapkan mohon MAAF ZAHIR & BATIN
Semoga ALLAH selalu membimbing kita Bersama di jalanNYA


Selamat Hari Raya Idul Fitri 1433H
Minal Aidzin Wal Faizin
Mohon Maaf Zahir dan Batin
(。❤‿❤。) (。❤‿❤。)

Ahad, 12 Ogos 2012

Selamat Berpuasa...^_^


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

Dah lama aQu tak keluarkan entry terbaru di dalam blog nie..Asyik keluarkan entry bezday jew kan...sejak cuti semester nie rasa macam tak sempat jew nak menulis dekat sini...nak kata sibuk kerja tak lah coz aQu tak kerja...tak tahu lah kenapa rasa tak sempat...hehhehe....
Macam mana dengan puasa yer..??? korang dah tinggal kew tak lagi puasa..jangan tinggal puasa yer..berdosa kalau tinggal..kalau kaum hawa tak apa lah kalau tinggap puasa coZ ada sebab tertentu...agak-agak sebab pew yer.??? Hahhaha...fikir-fikir sendiri lah...
Kalau diingatkan zaman kecil-kecil dulu...kalau aQu puasa penuh mesti mendapat upah..hehhe..korang jugak mesti cam tu jugak kan..??? bagus jugak kalau ibu bapa kita memberi upah kepada anak-anak yang masih kecil kalau berpuasa coZ nesti anak tersebut lebih bersemangat berpuasa kerana ingin mendapatkan duit...dengan ini dapat lah menerapkan nilai-nilai murni dan budak tersebut dapat belajar berpuasa daripada kecil lagi..kalau tak ajar macam tu mesti kalau dah besar jadi malas nak berpuasa dan merasa letih disebabkan mereka tidak belajar daripada awal-awal lagi...jadi kepada ibu bapa di luar sana tu yang masih mempunyai anak-anak yang kecil ajarlah anak anda berpuasa daripada awal lagi yer..
Pada bulan mulia nie jugak kita dapat lihat segelintir orang dewasa yang tidak berpuasa... korang pernah lihat tak dengan mata korang sendiri orang yang tak berpuasa dan dengan slamber jew mereka nie makan dikhalayak ramai..???...kenapa mereka menjadi sedemikian..??? x malu kew mereka nie..????  bagi pendapat aQu mereka menjadi begitu disebabkan tak dapat melawan nafsu mereka tu dan mereka nie juga mungkin kekurangan didikan agama...kecil-kecil tak nak belajar pasal agama bila sudah besar mula lah buat hal yang tak masuk akal..huuhhuuhhu....kalau tengok dalam berita tv1, tv2, tv3 dan lain2 media elektronik dan media cetak kita dapat lihat ramai remaja yang dicekup oleh pihak berkuasa kerana tidak berpuasa..tak malu kew mereka nie...??? budak tadika pun pandai berpuasa....uhuhuuuh...
selain itu, dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan nie juga ada yang melakukan maksiat...ada kew patut mereka nie melakukan maksiat pada bulan macam nie ...tak takut ke mereka nie kepada hukuman Allah nanti..???? bulan Ramadhan muncul 1 bulan dalam 1 tahun...jadi dalam bulan nie kite perlulah mencari banyak-banyak pahala...aQu tak cakap yang aQu nie baik sangat dan sudah banyak mencari pahala untuk bekalan akhirat nanti...cume aQu menerbitkan entry nie hanya semata-mata untuk berkongsi pendapat..sama-sama lah kita mengejarkan pahala di dalam bulan Ramadhan ini..
sekarang nie idea aQu sudah kering kontang..tak taw nak menulis apa lagi dekat sini..hehhehe...k lah selamat berpuasa kepada semua...jumpe lagi di entry yang seterusnyer...k daaa....^_^

Rabu, 1 Ogos 2012

HAPPY BIRTHDAY MOHD ARIF BIN KAMARUDIN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Tanggal 11 Ramadhan 1433 H.. Bersamaan 1 Ogos  2012.. Salam Ramadhan buat semua.. Hmmm.. Pada tarikh ini juga, beberapa puluh tahun yang lalu, lahir seorang bayi lelaki.. Bayi lelaki yang comel, kot?  Siapakah gerangan orang nie yer..agak2 korang taw x..???? mesti x taw kan..hahahha...

Dan selepas beberapa puluh tahun itu, bayi lelaki itu kini sudah menjadi seorang jejaka.. Dan telah tertulis dalam takdir aQu takdir dia, kami berkenalan dan menjadi “The Best of Couple”... Ye kew cm 2 ek. .^_^ Bila dicongak-congak rasanya aQu dan dia couple sudah mencecah 2 tahun setengah...Syukur..
Sepanjang mengenalinya, bagi aQu dia sangat baik dan selalu buat aQu tersenyum..Bila teringatkan dia hati ini berasa gembira coZ dia selalu membuatkan aQu ketawa hehhhehe...Jadi di hari lahir dia hari nie aQu ingin menerbitkan satu entry khas buat insan yang teristimewa ini...




Ucapan Khas dari Cik Farah Buat M.A.K.
(Mohd Arif Kamarudin)


Semoga panjang umur dan Murah rezeki....
Semoga Sihat tubuh Badan...
semoga Kuat Iman...
seMoga dapat kenikmatan dalam Ibadah...
Semoga Hubungan kita akan kekal hingga ke jinjing pelamin yer..hehhehhe..

DOA UNTUK MOHD ARIF BIN KAMARUDIN
Segala puja dan puji itu hanya milikMu wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya yang umpama bintang-bintang bergemerlapan.
Ya Allah, Ya Tuhanku..
Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan kepada aQu dan M.A.K (Mohd Arif Kamarudin)
Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan
Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan
Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan
Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan untuk kami berdua
dan terlalu sedikit pengabdian kami terhadapMu.
Engkau tetap menerima walau terkadang kami alpa, kami lupa, kami tersilap
dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan.
Namun begitu besar kasihMu..
Engkau tetap melindungi aQu dan M.A.K walaupun terkadang kami kalut
merungut ketika saat-saat lemah kami datang
Kami tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq
walaupun terkadang kami terbuai dengan kesedihan
dan kesakitan yang amat pedih.

Ampunkan aQu dan M.A.K
 Ya Allah apabila kami merintih nasib kami di hadapanMu
Kalau bukan kepadaMu,kepada siapa lagi harus kami mengadu..???
Kami tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah
namun kami hanyalah hambaMu yang dhaif dan lemah.
Adakalanya kami kurang kesabaran
Ada masanya kami goyah keimanan
Ada masanya kami hampir terikut bisikan syaitan
Namun dengan limpahan kasih sayangMu
Engkau menarik kami kembali jauh daripada kesesatan.
Ya Allah…
Ampunilah daku dan M.A.K dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.

Ya Allah…
Jangan Engkau tinggalkan untuk kami suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aib kami, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu duka kami melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutang kami melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajat kami dari keperluan dunia dan akhirat yang telah Engkau redhai dan tepat untuk kami melainkan telah Engkau tunaikan segalanya bagi kami wahai Tuhan yang Maha Penyayang.

Ya Allah…
Lindunglah kami dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.

Ya Allah…
Sungguhnya aQu bermohon kepadaMu tabahkanlah kami dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.

Ya Allah…
Kurniakanlah kepada kami jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.

Ya Allah...

Kau jauhkanlah kami daripada perkara-perkara mungkar dan dekatilah kami dengan perkara kebaikan.

Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu untuk aQu dan M.A.K sabaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuk kami, beratkanlah timbangan kebaikan kami. Mantapkanlah iman kami, tingkatkanlah darjat kami, terimalah solat kami dan ampunkanlah dosa-dosa kami.
Terima kasih Ya Tuhan, atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untuk aQu dan M.A.K
Engkau Yang Maha Besar lagi Maha Mengetahui segalanya.
peliharalah aku dan dia agar terus berpegang teguh pada taliMu..
Terimalah permohonan hambaMU yang serba kekurangan ini Ya Tuhanku..
Amin Ya Rabbul 'Alamin....





P/S: Maaf tak dapat nak bagi hadiah sekarang..hadiah dah ada taw cume tak dapat nak bagi sekarang jew coZ kita kan x berjumpa..nanti raya nie dapat lah hadiah yang teristimewa dariku..hehheheh....