Khamis, 19 Julai 2012

Marhaban Ya Ramadhan


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Sedar x sedar hari sabtu nie dah mula berpuasa kan...seluruh umat islam di seluruh pelusuk dunia telah lama menunggu bulan yang penuh keberkatan ini iaitu bulan ramadhan al-mubarak...betul x..???  Puasa akan mengajar kita semua erti kesabaran..jadi manfaatkan sepenuhnya bulan ramadhan kali ini dengan perkara-perkara yang bermanfaat dan tidak membuang masa kita semua dengan perkara yang tidak berfaedah..

aQu ingin mengucapkan Salam Ramadhan al-mubarak dan Selamat Berpuasa kepada:
semua muslimin dan muslimat...
mukminin dan mukminat..
yang jauh dan yang dekat..
tak kira walau di mana jua anda berada...
istimewa untuk semua yang sudi jadi sahabat aQu selama ini...
Semoga segala amalan diterimaNya...
Segala dosa diampuniNya....
Segala rezeki diberkatiNya...
dan bertambah iman di dada...
Kepada yang kurang sihat..
semoga diberi kesabaran..
dan berkat di atas segala redha....

     Korang semua taw tak macam mana nak baca lafaz niat puasa..???? hehheh        Apabila tibanya bulan puasa pasti ramai antara kita mencari lafaz niat puasa ramadhan kan...tul x..????...di dalam entry kali nie juga aQu sertakan lafaz niat puasa..Bagi sesiapa yang sudah lupa niat puasa maka korang bolehlah baca dekat bawah nie yer...Jangan segan silu untuk baca dekat bawah nie..bagi yang sudah taw pun bolehlah tengok sekali imbas lagi lafaz niat puasa Ramadhan nie...x kena bayaran pun..hahhaha...

********************************************************************
LAFAZ NIAT PUASA
**********************************************************************
Lafaz niat puasa untuk sebulan:
Lafaz niat puasa ini dibaca sekali sahaja pada malam sebelum kita memulakan puasa kita yang pertama. Apabila kita baca niat ini, kita dah tak perlu lagi untuk baca niat ini pada hari yang berikutnya.

Nawaitu sauma shahri ramadhana kullihi lillahi taala.
(sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala)

Lafaz niat puasa untuk harian:

Dibaca pada tiap-tiap malam sebelum tidur. Supaya nak mudahkan korang, baca je lafaz niat puasa untuk sebulan takut nanti terlupa.
Nawaitu saumaghadin an ada ii fardhi shahri ramadhana hazihis sanati lillahi taala(Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala)


 <<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

DOA BERBUKA PUASA

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Doa Berbuka Puasa (Seorang) :
Kalau korang makan sorang-sorang, baca doa ini ye.
Allahumma laka suomtu wa bika amantu wa ‘alaa rizqika afthortu birahmatika ya arhamarrohimin..
Maksud :Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa Berbuka Puasa (Ramai) :

Doa ini dibaca untuk lebih dari seorang. Hanya tukarkan ‘ta’ kepada ‘na’.

Allahumma laka suomna wa bika amanna wa ‘alaa rizqika afthorna birahmatika ya arhamarrohimin..
Maksud : Ya Allah bagi Engkau Kami berpuasa dan dengan Engkau beriman Kamidengan rezeki Engkau Kami berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang

Doa selepas berbuka puasa :
Maksud : Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

****************************************
Di dalam Mazhab Maliki ada pendapat yang mengatakan boleh diniatkan puasa ramadhan satu bulan dengan sekali niat sahaja.
Niat di malam hari (sebelum terbit fajar siddiq) merupakah salah satu syarat sah puasa Ramadhan. Kalau sesiapa yang tidak niat satu bulan puasa (Mazhab Malik) dan tak berniat puasa pada sesuatu hari tu, maka puasanya pada hari itu dikira tidak sah. Kena la qadha..bagi mereka (ulamak mazhab Maliki), puasa Ramadhan merupakan amalan yang dilakukan secara whole atau satu pakej, maka boleh diniatkan dari mula-mula kita diwajibkan memulakan puasa tersebut (1 ramadhan).
Bagi kita pula yang bermazhab Syafie, diwajibkan berniat setiap hari. Namun kita tetap disunnahkan juga untuk berniat untuk puasa sebulan, seperti yang diajar di dalam Mazhab Maliki.

Akhir sekali..sekali lagi aQu ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menikmati bulan Ramadhan dengan penuh penghayatan dan keinsafan kepada family dan juga kepada sahabat-sahabat yang beragama islam...korang semua jangan lupa bangun sahur yer..
^_^

*****************************************
P/s:
"Berbuka simple-simple je jangan melantak cam 3 bulan tak jumpa makanan..lagipun pas berbuka mesti nak solat maghrib kan..x kan nak berpuasa aje tapi solat ditinggalkan...jangan..nanti kena maki kaw2..!!"

Waktu Berbuka Puasa: (klik dkat bawah yer)



Sabtu, 14 Julai 2012

JoM MenDaKi

Ayuh, kita mendaki bersama..(✿◠‿◠) selawat 3x 0k
         
  
  
  
...
  


☻ / °.¸¸.•´¯`» Alhamdulillah!! Aku berjaya...!!
/▌
/ \ سُبْحَان اللهِ وَ الْحَمْدُ لِلّهِ وَ لآ اِلهَ اِلّا اللّهُ وَ اللّهُ اَكْبَرُ
██
╬╬
╬╬
╬╬ \0
╬╬/▌
╬╬//
╬╬
╬╬
╬╬
╬╬
╬╬
╬╬\O
╬╬/▌
╬╬//
╬╬
╬╬
╬╬\O
╬╬/▌ Ya Allah, supaya aku
╬╬// terus istiqomah..
╬╬
╬╬
╬╬
╬╬\O
╬╬/▌
╬╬// وَلا حَوْلَ وَلاَ قُوَّة ِ الَّا بِاللّهِ الْعَلِىّ الْعَظِيْم
╬╬
╬╬\O
╬╬/▌
╬╬//
╬╬
╬╬
╬╬
╬╬
╬╬\O
╬╬/▌
╬╬//
╬╬
╬╬
╬╬\O
╬╬/▌
╬╬//
╬╬
╬╬
╬╬
╬╬\O
╬╬/▌
╬╬//
╬╬
╬╬
╬╬\O
╬╬/▌ Ya Allah, kuatkan aku..
╬╬//
╬ ╬
╬ ╬
╬ ╬
╬╬
╬╬\O
╬╬/▌
╬╬//
╬╬
╬╬
╬╬
╬╬\O
╬╬/▌ Mampukah aku??
╬╬/\
╬╬
╬╬
╬╬
╬╬..\☻
╬╬.. ▌\ Mulakan pendakian itu kerana Allah SWT..
███/\...........☻
██████ ..... /▌\
█████████ /\ للَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ

⋰⋱"Orang jahil semuanya binasa kecuali yang berilmu..
orang berilmu semuanya binasa kecuali yang beramal..
orang beramal semuanya binasa kecuali yang ikhlas..
untuk mencapai darjah keikhlasan perlu banyak berjuang..
ibarat mendaki bukit yang tinggi,
hanya orang yang lasak saja berjaya sampai ke mercuuuu.......





Sabtu, 7 Julai 2012

HaPpY BirThDaY AbDuL SaH biN IbBaH

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Sebenarnya diblog nie sudah banyak kali aQu ucapkan selamat hari jadi kepada sahabat-sahabatku..
entry kali nie pulak aQu ingin ucapkan selamat hari jadi kepada salah seorang senior di dalam kos IR lak hehehhe...
Bagi aQu friendship... persahabatan... bestfriend...Bukan senang nak kekal kan persahabatan tu..dalam persahabatan mesti ada salah faham..sama ada pandai nak handle atau tak ...
Walaupun aQu dan senior baru jew kenal tetapi bagi aQu senior nie memang baik dan boleh dijadikan sahabat buat selama-lamanyer hehhehe...Tuan empunya diri xlah cakap camtu kan..aQu jew yang lebih-lebih cakap cam 2...tapi apa-apapun apabila aQu berkawan dengan seseorang maka orang yang ingin berkawan dengan aQu tu secara automatik menjadi sahabat buat selama-lamanya..kawan memang senang nak cari tapi SAHABAT tu yang susah hendak dicari..tul x..????
Ucapan Khas buat senior:

Happy Birthday Abdul Sah bin Ibbah... Semoga perJalanan hidup senior adalah lancar dan diberkati Allah..Farah harap senior sentiasa gembira di samping keluarga tersayang dan sentiasa berjaya dalam hidup...

Semoga Allah memuliakan, menyayangi dan membahagiakan senior di samping keluarga yang tercinta...semoga Allah menkuatkan iman, menterangi setiap langkah kehidupan dengan cahaya-Nya, mentinggikan darjat, memberikan kenikmatan dalam ibadah dan memakbulkan doa-doa senior..
...Amin...

DOA BUAT ABDUL SAH BIN IBBAH


Segala puja dan puji itu hanya milikMu wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya yang umpama bintang-bintang bergemerlapan.

Ya Allah…
Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku teman-teman. Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini. Aku tetapkan baginya satu peraturan yang hanya Allah yang akan menentukan segalanya.

Ya Allah…
Ampunilah daku dan sahabat-sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.

Ya Allah…
Jangan Engkau tinggalkan untuk mereka suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aib mereka, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu duka mereka melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutang mereka melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajat mereka dari keperluan dunia dan akhirat yang telah Engkau redhai dan tepat untuk mereka melainkan telah Engkau tunaikan segalanya bagi mereka wahai Tuhan yang Maha Penyayang.

Ya Allah…
Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.

Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah mereka dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.

Ya Allah…
Kurniakanlah kepada mereka jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.

Ya Allah...
Kau eratkan persahabatan kami dan panjangkan jalinan ukhwah diatara kami

Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu untuk mereka sabaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuk mereka, beratkanlah timbangan kebaikan mereka. Mantapkanlah iman mereka, tingkatkanlah darjat mereka, terimalah solat mereka dan ampunkanlah dosa-dosa mereka. Ya Allah, aku bermohon untuk mereka kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonan hamba Mu ini.


SELAMAT HARI LAHIR
Semoga langkah-langkah senior semakin matang
 dan selalu membawamu ke arah yang lebih baik...
–AMIN-




Ahad, 1 Julai 2012

Perkara JANGAN oleh Lelaki kepada Wanita


Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia


Tajuk entry aQu kali nie ialah mengenai perkara JANGAN oleh lelaki kepada wanita...apa yang JANGAN 2 yer.???? kalau nak tahu korang perlulah baca di bawah nie yer..baru lah taw..^_^

kalau kaum adam baca entry nie jangan marah yer apa yang ditulis nie..ahhahah...
tiada kaitan antara yang hidup dan yang mati..
entry nie ditulis berdasarkan pemerhatian dan dari pembacaan...
jadi kalau salah tolong tegur-tegurkan yer..



kepada lelaki di luar sana 2 janganlah suka mempermainkan hati seorang wanita yer...jika korang betul-betul minat dan suka kepada seseorang wanita 2 korang perlulah berniat baik dan berniat untuk menjadikan seorang wanita yang korang suka tu untuk dijadi isteri korang....^-^

Tidak elok jika insan yang bergelar lelaki nie hanya hendak mempermainkan hati seorang wanita kerana hati seorang wanita sangatlah lembut dan cepat tersentuh...
satu lagi yang orang lelaki suke buat kepada kaum hawa pada hari ini ialah mereka nie suka sangat menaburkan janji-janji manis seperti sanggup tunggu wanita itu sehingga wanita tersebut bersedia untuk diijabkabulkan..setelah hati wanita tersebut terbuka mereka akan tinggal macam 2 jew kaum hawa nie dan pada masa yang sama kaum adam nie menabur janji manis dekat perempuan lain pulak...kenapa semua ini terjadi..?????
kalau hanya suka-suka nak buat macam tu baik tak payah lah wahai lelaki....!!!!
kesianlah dekat kaum hawa nie....
jadi kepada insan yang bergelar lelaki di luar sana tu baca baik-baik apa yang tertulis di dalam gambar di atas yer.. 


*****
Antara perkara yang paling lelaki suka buat terhadap kaum wanita pada hari ini ialah main kayu tiga, menipu, suka kontrol macho dan banyak lagi lah...huuhuuhuh...jadi kepada kaum wanita JANGAN pilih LELAKI yang suka buat perkara yang bukan-bukan nie yer...Kalau korang memang dah sayang sangat dekat lelaki seperti di bawah nie, alamak korang akan mendapat musibah lah nanti..huuhhuuh...untuk langkah berjaga-jaga JANGAN mendekati diri anda dengan kaum lelaki yang berkelakuan seperti ini ehhehe...


MAIN KAYU TIGA

Bab main kayu tiga nie masalah paling besar...walaupun dah ada kekasih, lelaki sukar untuk setia..apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya...ishhh..apa nak jadi dengan lelaki zaman sekarang nie kan..??? huhuuuhuh....

MENIPU

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah...sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri...Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo..Berterus-teranglah wahai kaum Lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini...sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda...jadi kepada lelaki yang suka menipu nie buang-buanglah tabiat anda yer..barulah kaum wanita suka kepada anda...
jadi ingat JANGAN menipu taw..

SUKA KONTROL MACHO

Peh..!!! nak dikatakan macho, ada juga yang tak..hancur jew yang lebih kowt..!!! terutamanya bab sikap, mahu lebih gentleman, berketerampilan dan hensem..seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO...tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda...sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga..!!!

PANAS BARAN

Aduiiii...!!!! masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran..pantang silap sikit, mahu dihembur segala kemarahannya..Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain..setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan..tapi..bagaimana kalau sepak tendang..???? kalau nak sepak tendang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah ...Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada..??? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah...Kalau dah tak terkawal sangat...tak payah bercintalah cik abang ooiii....!!!!!!!




p/s:
kepada kaum adam yang sudah mempunyai teman wanita janganlah sia-siakan GF kamu yer..anda perlulah jadikan wanita tersebut sebagai calon isteri korang...bukan hanya untuk berseronak jew dengan wanita tersebut dan sekiranya dah tak suka tinggal macam tu jew..tak baik jika korang mempermainkan perasaan wanita..  :D