Sabtu, 10 Disember 2011

GerHaNa BuLaN

Semalam 10 disember 2011 bersamaan dengan 14 Muharram 1433
fenomena yang jarang-jarang berlaku dan dapat dilihat iaitu GERHANA BULAN.....
Alhamdulilah semalam aQu berpeluang untuk menyeksikan fenomena alam tersebut.....
Betapa indah nyer saat melihat bulan tersebut.....
Yang paling cantik ialah semasa bulan tersebut telah ditutupi oleh awan
dan selepas itu bulan tersebut kelihatan semula.....
Apapun setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya.....
Gerhana bulan ini memberi peringatan kepada hambanya
agar kita terus tingkatkan keimanan dan ketakwaan.....



sebelum menjadi gerhana


Setiap perubahan yang berlaku terhadap cakerawala mengandungi hikmah yang tersendiri. Begitu juga perubahan yang berlaku kepada matahari dan bulan, sudah pastinya mengandungi hikmat yang tertentu, antaranya memberi peringatan agar hamba-Nya tidak melampaui batas.

Rasulullah SAW pun bersabda yang mafhumnya:
"Bahawasanya matahari dan bulan itu menjadi tanda kedua-duanya daripada tanda kekuasaan Allah SWT. Allah menakutkan hamba-hamba-Nya dengan perubahan matahari dan bulan. Dan bahawasanya matahari dan bulan itu tidak berlaku gerhana kedua-duanya disebabkan kematian seseorang dari kalangan manusia. Maka apabila kamu melihat berlakunya sesuatu (gerhana matahari atau bulan), maka solatlah kamu (solat sunat gerhana) dan berdoalah kepada Allah sehingga cahaya matahari atau bulan tersingkap semula bagi kamu" (Riwayat Imam Muslim dari Abi Mas'ud al-Ansari)

Gerhana bulan merupakan amaran Allah SWT untuk seluruh manusia agar patuh dan setia di atas titah perintah Allah SWT dan menjauhi laranganNYA. Gerhana bulan adalah suatu peristiwa yang menakjubkan kepada seluruh umat manusia kerana secara tiba-tiba bulan kehilangan cahayanya. Sesungguhnya gerhana bulan akan berlaku tahun dari tahun sebagai peringatan Allah SWT di atas segala ketelanjuran dasar yang dilakukan sama ada disukai tau tidak kerana sampai satu ketika gerhana bulan yang tidak pulih dari gerhana dan bumi jua gerhana. Firman Allah dalam surah al-Qiyamah ayat 7-9:
Maksud: “ Maka apabila mata terbelalak(ketakutan), dan apabila bulan telah hilang cahayanya dan matahari dan bulan dikumpulkan”.



Tiada ulasan: