Ahad, 16 Disember 2012

Bercuti di LABUAN


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia
 
Lama benar tak update blog nie..bukan sebab sudah tak berminat menulis, tetapi sebabnyer pew ek..??? cer teka..hehhehe..sebabnya….>>>  kesibukan yang amat sangat (walaupun biasa-biasa jew)

Kali nie aQu nak kongsikan dengan korang mengenai tempat-tempat menarik di Labuan…korang pernah pergi tak lagi dekat Labuan nie..??? kalau tak pernah bolehlah datang ke sini cOz banyak tempat menarik yang boleh korang lawati..heheh..macam nak promosi jew kan..??? hahaha..kalau korang nak tahu…

Kali nie aQu boleh sampai ke Labuan bukan disebabkan untuk berseronak dengan kawan-kawan..TETAPI….untuk memenuhi tugasan elektif yang aQu dan kawan-kawan ambil pada sem nie..untuk pengetahuan korang, elektif yang aQu ambil ialah Pengurusan Pinggir Pantai..kalau korang nak tahu apa itu pengurusan Pinggir pantai…??? Korang bolehlah search dalam internet untuk mengetahu dengan lebih lanjut…kalau aQu terangkan dekat korang secara terperinci, susah gak untuk difahami coZ aQu pun masih blur lagi hahahha…

Kita abaikan mengenai apa itu Pengurusan Pinggir Pantai yer…sekarang nie aQu nak citer mengenai Labuan…

Apa yang menarik sangat di Labuan yer..??? apa yang aQu tahu barang-barang yang menarik di Labuan ialah Cokat, Minyak Wangi, Rokok dan Kereta…kesemua barang nie bebas cukai taw..jadi seseiapa peminat tegar coklat tu mari ar datang melancong ke sini..heheh..harga coklat dekat sini sangat murah..
 
 
 
Siapakah gerangan jejaka berbaju merah nie..??? agak-agak korang siapa ek.??? kalau korang nak tahu nie lah lecturer yang membawa aQu dan budak-budak pinggir pantai ke Labuan…kepada sesiapa yang menaruh perasaan terhadap lecturer nie sila buang jauh2 yer Coz lecturer nie sudah dimiliki oleh insan yang teristimewa di hatinya…hahaha…ayat cam terbelit-belit lah lak aQu tulis nie kan..???…huhuuhuh…^_^
 
Banyak tak coklat dekat kedai Sky Park nie..??? bermacam-macam jenis coklat yang boleh diperolehi di kedai nie.. budak lelaki yang hansome nie merupakan salah seorang ahli dalam kumpulan aQu…budak nie namanya Mat..asal dari Kelantan…sesiapa yang ingin mengenali lebih rapat dengan Mat nie bolehlah hubungi di talian 999… hahahaha…..agak-agak korang banyak tak Mat beli Coklat nie..????? cer teka..?????
 
 
Salah satu kedai coklat yang terdapat di Labuan. sebelum membeli coklat korang perlulah survey harga dulu..ada kedai yang menjual dengan harga yang mahal sedikit jika dibandingkan dengan kedai lain.
 
Errr…yang nie bukan cuka atau minyak masak yer…nie lah Khamr a.k.a ARAK…jadi yang muslim jangan sesekali beli bende nie yer..HARAM….
 
Yang nie pulak merupakan Muzium Marin Labuan. Muzium Marin Labuan diadakan untuk memelihara laut berharga Labuan. Ia bertujuan untuk memberi maklumat dan informasi mengenai kehidupan laut kepada pengunjung. Apabila melangkah masuk ke muzium nie, ia membuka dunia lautan yang penuh warna dengan pemandangan ikan-ikan dan koral yang tidak dapat ditatapi di tempat lain.