Isnin, 30 April 2012

TERIMA KASIH SAHABAT KERANA UCAP HARI LAHIR



Hari nie merupakan hari yang terakhir dalam bulan April yer...Rasa sekejap jew masa berlalu pergi...Esok sudah masuk bulan Mei...Dulu aQu rasa masa berlalu sangat lambat tetapi sekarang nie aQu merasakan masa berlalu dengan begitu cepat sekali...aQu rasa macam masa nie mencemburui kita lak...heehhe...Bagaimana pula dengan kawan2 semua...Adakah anda merasakan sepertimana yang aQu kata itu ataupun x...???

Hari nie merupakan hari kelahiran aQu..aQu ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu aQu kerana melahirkan aQu ke dunia ini serta menjaga anaknya ini dengan penuh kasih sayang dan sebagainya...begitu juga kepada abah yang sudi mencari rezeki untu menyara keluarga....
-I LOVE MY FAMILY-

Untuk malam nie aQu menulis di dalam blog nie kerana ingin ditujukan khas kepada rakan/sahabat yang betul-betul membuatkan diri ini rasa tidak kesunyian dengan adanya sokongan dari rakan-rakan yang sudi mengucapkan hari lahir kepada aQu....walaupun ia sekadar di dalam facebook, tetapi hakikat bukan senang untuk memberi ucapan  walaupun ianya hanya membuat beberapa klik dan menaip....
Sebenarnya setiap kedatangan ke profail dan memberi ucapan serta doa kepada rakan lain memerlukan keikhlasan yang telah rakan-rakan tunjukkan....keikhlasan itulah membuatkan aQu terharu.....
THANK YOU my prenz cz wish my birthday...I LOVE U ALL...^_^

OK lah itu sahaja yang aQu ingin tuliskan untuk malam nie...yang pastinya aQu tunaikan janji aQu untuk terbitkan satu artikel khas sebagai penghargaan kepada yang sudi mengucapkan selamat dan doa mereka....Kenangan ini hanya datang setahun sekali...panjang umur pasti akan berjumpa lagi untuk ulang tahun yang akan datang...




Sabtu, 21 April 2012

5 Jambatan Paling Menakutkan di Dunia

Beberapa buah binaan Jambatan mempunyai tarikan tersendiri apabila dibina dengan ketinggian yang cukup tinggi dan menakutkan...

Antara jambatan tersebut adalah di Langkawi, Malaysia.
Jambatan menjadi tempat yang gayat bagi seseorang yang takutkan ketinggian...aQu pun boleh dikatakan salah seorang yang takutkan kepada ketinggian..huuhuuhuhuh...macam mana pula dengan kawan-kawan yer...gayat tak apabila berada pada tempat yang tinggi-tinggi...?????

Jadi kali ini aQu ingin berkongsi dengan kawan-kawan tentang 5 jambatan paling menakutkan di dunia. Jambatan ini merangkumi ketinggian yang sangat tinggi sehingga lebih tinggi daripada menara yang kita lihat di dunia ini. Jom tengok apakah 5 jambatan paling menakutkan di dunia...^_^


Crazy Curves: Langkawi Sky Bridge, Kedah, Malaysia
Siapa yang pernah datang ke sini..???
nampak nyer tempat nie betul-betul tinggi kan...
suasana di dini pun kelihatan sangat menarik dan indah


Best nyer bila dapat datang dekat sini...
bila yer aQu nak datang dekat sini...
ada tak sape-sape nak bawakan aQu ke tempat nie..hehhehe....
macam mana dengan En. Riezal sudi tak bawa saya melancong dekat sini..????

 

                              Terrifying Trift: Trift Bridge, Gadmen, Switzerland

Macam tiada orang jew yang melancong dekat sini...
kenapa yer xde orang dekat jambatan nie..??




Royal Flushed: Royal Gorge Bridge, Canon City, Colorado

Kalau jatuh dari jambatan nie mesti dah tak ada peluang untuk hidup...


Forest Gulp: Capilano Suspension Bridge, North Vancouver,
 British Columbia
       
                                   
haiiii x gayat kew bila berada di jambatan nie...
bila aQu tengok picture nie pun dah rasa takut...
Macam mana kalau jambatan nie tiba-tiba runtuh..????
ada x kawan-kawan berfikir macam nie...???



                                         Cope-on-a-Rope: Carrick-a-Rede Rope Bridge,
                                                              Antrim, North Ireland
   
     
      Jambatan nie kelihatan macam biasa jew...
tak lah terlalu tinggi sangat kan...

Khamis, 19 April 2012

BerCuti di Pulau Manukan > Pulau Mamutik > Pulau Sapi > Pulau Gaya


WwoowwwwW....best nyer dapat merehatkan minda nie
dekat Pulau Manukan..Pulau Mamutik..Pulau Sapi...Pulau Gaya...
selama nie aQu tidak mempunyai masa untuk bercuti di tempat sebegini tetapi pada kali nie aQu berpeluang melungkan masa bersama kawan-kawan di pulau yang cantik dan indah nie...
Jooommm kita lihat suasana pemandangan dekat ketiga-tiga pulau....
jangan jelous taw kawan-kawan bila tengok gambar dekat bawah nie...heheehhehe....


PULAU GAYA

Jambatan Seerat Kasih..sesiapa yang sedang dilamun cinta perlulah datang
melancong ke Pulau Gaya ini...Suasana dekat sini sangat romantik taw..
lebih-lebih lagi pada waktu senja....
sesiapa yang tidak dilamun cinta juga boleh datang....
jadi..datang lah beramai-ramai dekat Jambatan seerat kesih nie...^_^


Suasana pemandangan di antara kedua-dua buah pulau...
Pulau Sapi vs Pulau Gaya...
cantik tak..??????


Tenang nyer laut nie...
jangan disangkakan laut yang tenang tiada buaya....
dekat hujung sana tu Pulau Sulug taw



Sesiapa yang tidak sempat membuat sarapan untuk perkelahan
bolehlah datang dekat restoran ini...makanan dekat sini tidaklah terlalu mahal...
jadi sesiapa yang tidak sempat membuat makanan ataupun malas...
hanya perlu sediakan duit untuk melabur dekat restoran ini....^-^



PULAU MANUKAN

ikan ke nie..????
ikan lah ape lagi kan...xkan anak buaya pulak...wakakaka..
bagi sesiapa yang ingin melihat dan bermain dengan ikan
bolehlah mandi dekat sini sambil memberi ikan nie makanan....
Dilarang memancing....!!!!


Yuna ke Najwa latif nie..???
dua-dua pun bukan taw....
jangan disangkakan Yuna lak....
kawan aQu yang memakai tunung macam Yuna nie namanya Muni taw...
cantik kan dia nie...sama cantik dengan pemandangan dekat belakang tu...



Alaaaa..cik adik manis nie nama nyer Wani...
hujan belum turun lagi dia dah buka payung...
Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.....
jadi..sesiapa yang tidak ingin kulit kelihatan gelap
maka bolehlah tiru aksi Cik Mek Molek nie...


Gadis yang suka tersenyum nie anem....
siapa pulak di belakang tu yer...
semua nyer mangambil kesempatan untuk bergambar di sini
untuk membuat kenang-kenangan...




Nie penyu yang aQu buat taw...
pandai tak aku membuat penyu nie menggunakan pasir...
memang kreatifkan aQu nie...perasan lah lak...
Penyu nie dari Rantau Abang dan singgah sebentar di Pulau Manukan...
penyu yang comel ni datang dekat sini sebab nak ucap selamat datang kepada pelancong..hehheh...
Sebab tulah penyu dari Terengganu hampir-hampir pupus
rupa-rupanya dia datang dekat Sabah pulak...^_^


Suasana pantai pada waktu petang...
bestnyer dapat mandi air laut...
kalau boleh nak tinggal dekat sini terus...




PULAU MAMUTIK

Air laut yang kebiru-biruan...
macam tak percaya pulau dekat negara kita nie sangat cantik....
jadi marilah beramai-ramai bercuti dekat sini...
Cuti-Cuti Malaysia...
Rehatkan minda anda dengan menghirup udara yang segar dekat sini...
pasti akan berasa nyaman dan relaxXXXXxxx....:)




Macam mana ok tak pemandangan dekat ketiga-tiga pulau nie....???
kalau kawan-kawan berasa nak lihat lagi pemandangan indah ciptaan Ilahi nie bolehlah datang sendiri.....
jadi sesiapa yang terbaca blog aQu nie bolehlah membuat perancangan
 untuk bercuti di ketiga-tiga pulau nie....
Sesiapa yang tidak ada masa janganlah sedih taw...hehehe...len kali dapat juga datang dekat sini...
kalau anda tidak tahu macam mana untuk pergi ke pulau nie
bolehlah menghubungi Hj. Roslan Diong
di talian:
012  831  6920
019  808  7469
Pak cik Roslan nie dapat membantu anda untuk meralisasikan hasrat anda tersebut...:)
jadi jangan segan silu untuk menghubungi pak cik nie yer....



Ahad, 1 April 2012

April Fool

Setiap tahun tarikh 1 April pasti akan disambut oleh segelintir dari kita sebagai hari untuk mengenakan orang. lain. Tapi banyak dari kita yang tidak menyedari makna di sebalik April Fool itu sendiri.


"Jika kita kaji sejarah, Fool’s Day atau April Fool ini mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam yang bertapak berkurun lamanya di Granada, Sepanyol yang ditawan oleh tentera Kristian. Akibatnya, penduduk Islam terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera Kristian ternyata tidak berpuas hati dan cuba menghapuskan orang Islam dari bumi Sepanyol.

Oleh itu, mereka membuat satu helah dengan memberitahu penduduk Islam bahawa mereka boleh keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Dalam kalangan umat Islam, ada yang mempercayai dan sebahagian lagi sangsi dengan pemberitahuan itu. Mereka yang mempercayainya telah meninjau di pelabuhan dan berpuas hati lalu memutuskan untuk bertolak pada keesokannya hari (1 April).

Keesokan harinya, Mereka keluar membawa kesemua barangan dan menuju ke pelabuhan. Pada ketika itulah, puak Kristian mengambil kesempatan untuk menyerang penduduk Islam berkenaan. Mereka tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya telah dibakar. Manakala orang Islam yang berada di sekitar telah dibunuh tanpa mengira lelaki, perempuan atau kanak-kanak kecil.

Peristiwa berdarah yang amat menyedihkan itu kemudian diraikan oleh tentera Kristian yang kemudiannya menjadi acara tahunan mereka. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun, bukan sahaja di Sepanyol tetapi di seluruh dunia."