Ahad, 11 Mac 2012

Program Induksi IR 2011/2012

Nampaknyer pelajar tahun 2 kos Hubungan Industri begitu bertungkus lumus dalam menjayakan Program Induksi pelajar tahun 1 sesi 2011/2012...Walaupun begitu ramai pelajar tahun 1, 2 dan 3 tidak dapat hadir dalam menjayakan program ini tetapi program ini tetap berjalan dengan lancar tanpa kehadiran insan-insan yang tidak dapat memberikan komitmen kepada program Induksi...Sebelum ini ramai lecturer yang telah mengatakan dan memberikan pandangan yang agak negatif kepada Program Hubungan Industri tahun 2..Alhamdulilah pada hari ini nampaknyer pelajar tahun 2 dapat menjayakan program ini dengan begitu lancar tanpa berlaku perkara-perkara yang tidak diingini...We are famiy...!!!

Antara sebahagian pelejar tahun 2 yang hadir dalam program Induksi 2011/2012

Permainan bowling padang dengan menggunakan buah kelapa kering sedang berlangsung


Sabtu, 10 Mac 2012

HappY BiRtHdaY Cik AfiQaH

10 March 2012... Nampaknyer hari nie wajah Cik AfiQah berseri-seri macam pengantin baru...
rupa-rupa nyer
Hari nie birthday cik AfiQah yang ke-22..
Semoga sentiasa bergembira dengan cik abang dekat semenanjung yer...
Cik farah tak taw nak cakap pew lah...Dah kehabisan idea nie hehhehe...
Walau apa-apa pun Happy Birthday...!!!
 Maaf tak dapat nak bagi hadiah dan lambat wish..
Semasa berada di library tadi baru  jew teringat tentang birthday cik AfiQah hari nie dan lepas 2 terus wish...
Sebab 2 cik FiQah cakap dekat cik Wani tido lewat kan..
Rupe-rupenyer dapat panggilan percuma...
jadi mesti best dapat bercakap free dengan buah hati yang tersayang kan..
Walaupun cik FiQah cakap tadi yang cik FiQah tak dapat panggilan percume sudah tentu cik abang dekat semenanjung akan coll setiap saat kan dan tak tido sampai kew pagi coz bergayut dengan buah hati di sana kan...


Ucapan Khas buat Cik AfiQah:



Dengan ucapan
Semoga dikurniakan iman yang sempurna,
akhlak yang terpuji, 
pekerti yang mulia,
umur yang bermanafaat,
ilmu yang berguna,
jodoh yang membahagiakan,
hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat

Wish you a many many happy returns of the day. May God bless you with health, wealth and prosperity in your life
HAPPY BIRTHDAY TO YOU

Happy BirtHdaY Cik HazWani

Happy Birthday my Prenz (Cik Wani* 8/3/12)
maaf yer coz lambat wish birthday..
Almaklumlah sekarang nie kn kite bz hehheh..
Walaupun tak busy sangat saja-saja jew buat busy kan....
jadi dah lupe lak nak wish birthday...
tapi sekurang-kurangnya wish gak kn birhday walaupun terlambat...
Nampaknyer dah cukup 22 tahun kan...
Dah besar rupe nyer  anak Pak cik Hashim nie...
Apa-apa pun cik Farah harap Cik Hazwani gembira sambut birthday tahun nie yer...
Semoga dapat menerima si dia yer ....
Maaf  tak dapat nak bagi hadiah pada tahun nie yer...
InsyaAllah tahun depan ada lah hadiah yer...
Cik Wani cakap jew nak hadiah pew nanti Cik Farah akan bagi hadiah..
tapi jangan lah mahal-mahal sangat  hahahha...
Almaklumlah kite kan masih student lagi jadi xde duit lah nak bagi hadiah-hadiah yang mahal..kalau dah kerja mungkin Cik farah akan bagi hadiah istimewa untuk Cik wani ...
Camne best x gayut free dengan abang Jedy 2..???
hahhaha (ketawa Jahat)..
jangan marah yer...Tapi apa-apa pun moga cepat mendapat jodoh dengan si dia yer...


Ucapan Khas buat Cik Hazwani:



Dengan ucapan
Semoga dikurniakan umur yang bermanafaat,
rezeki yang halal,
ilmu yang berguna,
jodoh yang membahagiakan,
hidup yang dirahmati

In soft gleaming night of stars,
May all your dreams come true.
May every star of every night,
Bring love and joy to you.
Happy Birthday to you.




Sabtu, 3 Mac 2012

MABUK DALAM CINTA TERHADAP ALLAH

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya." Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

                        Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah." Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah s.w.t., maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.  Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

                        Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah s.w.t., "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit. Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s." Kemudian Allah s.w.t. menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah s.w.t., tetapi dia mencintai dunia.    
                                
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.            
 3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya. 

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur." 


MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH

                        Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya." Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

                        Akhirnya Allah s.w.t. mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. Malaikat Jibril a.s. mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut." Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

                        Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."
Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad s.a.w. berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

                        Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad s.a.w." Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah s.a.w. meraihnya. Berkata Jibril a.s. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda s.a.w. mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah s.a.w. pun bertanya kepada Jibril a.s. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah s.w.t.

                        Telah bersabda Rasulullah s.a.w., " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."