Rabu, 30 November 2011

AL-SYAMS (MATAHARI) 1-10

Sudah cukup 5 hari cik b.band aQu nie x Dapat digunakan....
Kenapa lah line dkat cini x brp Ok...????
Rase sakit hati jew dkat cik b.band aQu nie....
Susah nak buat Kerja jika Cik. b.band aQu nie x berFungsi.....
Tetapi aQu tetap kena bersyukur Cz selama nie cik. b.band nie lah yang
selalu tolong aQu....
Tanpa kehadiran cik. b.band nie...aku xdapat nk cari bahan untuk Buat assignment dan juga menulis di blog aQu nie....

Untuk menghilangkan bowink...
Marilah kita sama-sama menghayati ayat di bawah nie....
Cz terdapat maksud yang sangat mendalam yang ingin disampaikan di dalam
 surah Al-Syams nie.......
bagi aQu ayat di dalam surah nie begitu indah sekali....:)


Demi MataHari dan SinarNya pada pagi hari....
Demi buLan ApaBila MenGiRingiNya....
DeMi SiaNg ApabiLa MenutuPiNya....
DeMi LanGiT SerTa PemBinaanNya....
DeMi BuMi serTa HamParaNnYa....
DeMi Jiwa SerTa PenYemPurNaanNya....
MaKa Dia MenGiLhamKan KepaDaNya kejaHatan & KetaKwaAn....
SeSunggUhNya BerunTung OranG Yang MenyuCikaNnya....
Dan SeSungguhNya RuGilaH oRanG yanG mengotoRiNya....



                                                     begitu indahnya ciptaan Tuhan


Ahad, 27 November 2011

1 MUHARRAM 1433


Tahun Baru Islam 1 Muharram 1433 Hijrah
adalah tahun baru yang seharusnya umat islam memperingatinya
sebagai awal kebangkitan umat Islam Seluruh Dunia...

Aqu harap pada tahun baru nie aQu lebih bersemangat untuk menghadapi
Pelbagai rintangan dan cabaran serta
Aqu harap juga hubungan aQu dengan M.A sentiasa baik dan dirahmati oleh Allah s.w.t.....
....InsyaAllah...

SeMoga Pada Tahun YanG Baru Ini KiTa leBih MenYedaRi BahaWa TujuaN PerjaLaNan HiduP HanYalah unTuk MenUju CahaYaNya....

Jumaat, 25 November 2011

JIkA inGiN MeManCinG iKaN

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…

Dan janganlah kamu meninggalkannya semata-mata sedikit kesalahannya sedangkan sudah beribu-ribu kasih dicurahkannya tanpa mengenal erti beza benci dan sayangmu. Sesungguhnya cinta itu tidak menambah dan tidak berkurang disebabkan oleh baik dan buruknya pasanganmu. Ma Sya Allah.

Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi… ingatlah sesungguhnya takar itu pernah berbakti kepadamu, menampung air minuman dan mandianmu agar engkau tidak haus dan berbau wangi malah sebagai kolah air wudhukmu.

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya… dan janganlah engkau menjadi manusia yang mendahului Tuhanmu dalam memutuskan silaturahimmu… sesungguhnya syaitan amat senang dengan pendosa-pendosa yang suka melakukan kesalahan yang sama pada peristiwa yang sama.

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal…kerana meninggalkan nasi yang baik semata-mata mengharap agar makanan yang lain lebih baik sedangkan itu hanya tipu daya nafsumu.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya. Kamu juga yang akan menyesal… sesungguhnya menyayangi untuk kesempurnaan dan saling memperlengkapi adalah cinta yang Allah redha daripada menyayangi untuk kepentingan dan menjamin keselesaan diri.

kesimpulannya:

Katakanlah (Muhammad),Milik siapakah apa yang di langit dan di bumi?” Katakanlah,”Milik Allah.” Dia telah menetapkan (sifat) kasih sayang pada diriNya*, Dia sungguh akan mengumpulkan kamu pada hari Kiamat yang tidak diragu-ragukan lagi. Orang-orang yang merugikan dirinya, mereka itu tidak beriman.
Dan milikNyalah segala apa yang ada pada malam dan siang hari. Dan Dialah Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui.


Katakanlah (Muhammad), “Apakah aku akan menjadikan pelindung selain Allah yang menjadikan langit dan bumi, padahal Dia tidak memberi makan dan tidak memberi makan?” Katakanlah, Sesungguhnya aku diperintahkan agar aku menjadi orang yang pertama berserah diri(kepada Allah), dan jangan sekali-kali kamu masuk golongan orang-orang musyrik.”




KeNapa ALLAH s.w.t MenCipTa N.E.R.A.K.A..???????

Semalam aqu belajar tentang sesuatu perkara dari orang yang lebih berilmu daripada aqu....
Aqu rase kata-kata orang itu ada betulNyer juga dan membuatkan aku terfikir tentang sesuatu.........
Kenapa Allah s.w.t mencipta N.E.R.A.KA....??????

kEnapa dalam dunia ini terdapat...>>>>
1) Peminum Arak
2) Perempuan Yang Seksi
3) Perogol...dsb...

Sekiranya mereka ini tidak wujud maka siapa akan yang memuhi NERAKA itu.....
NERAKA itu boleh dikatakan sebagai tempat untuk "MENCUCI SEGALA DOSA"  ataupun sebagai "WASHING MACHINE"....

..maksud aqu ialah....

Jika kita sudah memakai pakaian sudah tentu kita akan membasuhnyer cZ pakaian itu sudah kotor.....
SeLepas Kita basuh kita akan menyidai nYer di tempat yang agak panas supaya cepat kerinG....
n after that, kita akan iron & menyembur wangian pada pakaian itu supaya die kilihatan cantik serta berbau wangi.....

Begitu juga dengan proses semasa berada di NERAKA...apabila seseorang itu melakukan dosa dan tidak bertaubat kepada ALLAH YANG MAHA BERKUASA maka orang itu akan dicampakkan di dalam NERAKA dan akan melalui pelbagai proses sebelum di masuKkan di dalam SYURGA.....
Oleh itu, seTiap insan yang bernyawa di muka bumi Allah ini janganlah takut kepada NERAKA kerana NERAKA itu merupakan ciptaan Allah s.w.t...Barang siapa yang menolak NERAKA maka mereka ini secara tidak langsung menolak ciptaan Allah s.w.t .........